Blogger Templates

Friday 30 September 2011

Karangan Jenis Keperihalan



        Pada suatu hari, saya ke bandar Jerantut untuk membeli pakaian sukan. Ketika saya sedang berjalan, saya ternampak akan ketulan asap hitam keluar dari bumbung sebuah bangunan.
       
        Saya segera menghampiri kedai tersebut. Rupa-rupanya kedai itu terbakar dan api sedang marak. Saya segera ke pondok telefon yang berhampiran untuk menelefon pihak bomba.

        Selepas itu, saya pergi ke kedai itu semula. Saya membantu peniaga kedai itu memunggah barang-barang ke tempat yang selamat. Banyak orang turut membantu peniaga itu.

        Tidak lama kemudian, pasukan bomba pun tiba. Mereka bertungkus-lumus untuk memadamkan api itu. Salah seorang daripada ahli bomba itu menyatakan bahawa kebakaran itu disebabkan oleh kebocoran paip dapur gas.

        Lebih kurang satu jam kemudian, api berjaya dipadamkan. Kebakaran itu telah menyebabkan tiga buah kedai hangus dijilat api. Mengikut kenyataan ketiga-tiga tuan punya kedai itu, kerugian dianggarkan RM50 000. Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

        Selepas itu, orang ramai pun bersurai. Namun demikian, ada juga yang membantu tuan punya kedai untuk mencari barang-barang berharga. Saya pula meneruskan niat saya untuk membeli pakaian sukan.

No comments:

Post a Comment