Blogger Templates

Friday 30 September 2011

Karangan Jenis Fakta


Berkerjasama bermaksud melakukan sesuatu kerja bersama-sama atau saling membantu. Kerjasama ini melibatkan hal tolong-menolong dalam perhubungan sesama individu, masyarakat, dan negara.

        Sikap bekerjasama ini sangat baik diamalkan. Jika kita berkejasama, semua kerja dapat dijalankan dengan sempurna bak kata pepatah,  “Berat sama dipikul, ringan sama di jinjing”.

        Dalam bidang pelajaran pula, sesuatu masalah dapat diselesaikan dengan baik jika dilakukan secara berkumpulan. Rakan-rakan yang mahir atau faham sesuatu topik, dapat membantu rakan-rakan yang lemah.

        Seterusnya, jika kita saling membantu, semua kerja dapat diselesaikan dengan cepat, contohnya aktiviti membersihkan sesuatu kawasan secara bergotong-royong. Kerja yang berat akan menjadi ringan.

        Selain itu, sikap bekerjasama dapat juga mewujudkan persefahaman dan kemesraan di kalangan anggota masyarakat. Seseorang itu akan saling menghormati dan bersatu untuk mewujudan kerjasama. Apabila hubungan antara individu baik, maka negara akan aman.

        Dengan itu, jelaslah bahawa sikap bekerjasama ini perlu diamalkan. Bak kata pepatah, “Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat”.

No comments:

Post a Comment