Blogger Templates

Sunday 9 October 2011

punca berlakunya pembuangan bayi

 Kes pembuangan bayi masih berlaku di negara kita walaupun tindakan keras telah diambil terhadap pesalah. Bayi ditinggalkan di merata-rata tempat tanpa perasaan belas kasihan dan ada juga yang mengakibatkan kematian bayi.

         Pembuangan bayi berlaku kerana terdapat pasangan yang menjalinkan hubungan tanpa nikah dan menyebabkan kehamilan. Mereka tidak mahu mengambil risiko untuk memelihara bayi tersebut kerana malu atau takut diketahui umum. Akhirnya bayi yang dilahirkan akan ditinggalkan begitu saja.

         Selain itu juga, pembuangan bayi juga disebabkan oleh masalah kewangan. Oleh kerana tidak mampu untuk membiayai dan menyara keperluan bayi, ada segelintir ibu bapa yang sanggup membuang bayi mereka dengan harapan orang akan menemui bayi tersebut dan memeliharanya.

         Oleh itu, beberapa langkah perlu diambil untuk mengatasi masalah ini. Penguatkuasaan undang-undang perlu dilakukan. Undang-undang yang ketat dan setimpal perlu dikenakan terhadap pesalah. Hukuman berat perlu dikenakan sekiranya melibatkan kes kematian bayi.

         Seterusnya kempen menyedarkan masyarakat perlu dilakukan. Masyarakat perlu sedar bahawa perhubungan tanpa nikah merupakan satu dosa dan salah di sisi agama. Bayi yang dilahirkan tanpa dosa perlukan penjagaan yang sempurna. Didikan yang sempurna serta perhatian daripada masyarakat perlu bagi membantu mengatasi masalah ini.

         Selain itu juga, bagi ibu bapa yang tidak berkemampuan mereka bolah mengamalkan perancangan keluarga agar masalah pembuangan bayi tidak terus berlaku. Mereka boleh mendapatkan nasihat doktor bagi menjarakkan kelahiran anak. Dengan ini, masalah pembuangan bayi dapat dibendung.

         Semua pihak perlu menanamkan sifat penyayang agar masalah ini dapat diatasi. Bayi merupakan anugerah Tuhan yang tingg nilainya dan memerlukan penjagaan dan pembelaan serta bukan untuk dibuang.

 dipetik dari :contoh karangan pmr


ADLIN

No comments:

Post a Comment