Name: | ![]() |
Title: | ponteng sekolah 2011-10-04 19:53 |
Marcapada,kejadian ponteng sekolah dalam kalangan pelajar semakin kronik sehingga menjejaskan prestasi pelajar.Peningkatan gejala ini bagai cendawan tumbuh selepas hujan.Gejala ini semakin menular dan menjurus pelbagai pihak mula menyuarakan kebimbingan masing-masing.Oleh sebab itulah,cara-cara penyelesaian yang drastik dan proaktif harus diambil untuk mengatasi kemelut ini. Untuk mengatasi kekangan ini,peranan ibu bapa merupakan usaha yang amat signifikan.Sayangkan anak tangan-tangankan,sayangkan isteri tinggal-tinggalkan,ibu bapa harus mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak mereka.Selain mementingkan kerjaya,ibu bapa juga hendaklah meluangkan masa dengan menjalankan aktiviti bersama,sudi mendengar luahan perasaan dan akademik anak-anak supaya mereka berasa diri mereka dihargai. Yang baik dijadikan teladan,yang buruk dijadikan sempadan.Peranan ibu bapa yang seterusnya ialah perlu memperkasa nilai-nilai ukhrawi dan tarbiah agama dalam kalangan anak-anak.Dengan itu,anak-anak necsaya akan dapat berfikir tentang ironi pontengsekolah dan tidak akan ponteng sekolah lagi. Jika anak-anak ditangkap ketika ponteng sekolah,sebagai ibu bapa,mereka harus membawa mereka berjumpa dengan kaunselor untuk mendapat bantuan.Dari semasa ke semasa,setelah beberapa kali berjumpa dengan kaunselor,anak-anak akan mempunyai perubahan.Rentetan itu,anak-anak digalakkan meluahkan perasaan dan konflik dalaman mereka kepada ibu bapa mereka dengan bantuan kaunselor. Sudah terang lagi bersuluh,sinergi orang ramai terutama ibu bapa bagai aur dengan tebing meru daripada contoh karangan pmr ADLIN |
Sunday, 9 October 2011
ponteng sekolah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment