Blogger Templates

Sunday, 9 October 2011

peranan ibu bapa terhadap kejayaan anak2

“Keluarga bahagia tunjang kemakmuran negara”. Pernyataan ini jelas
menunjukkan bahawa keluarga memang memainkan peranan yang penting
dalam membentuk keperibadian mulia kanak-kanak. Remaja kini sering
melibatkan diri dalam masalah social yang telah mencetuskan isu polemik
dalam kalangan media massa yang saban hari meniti dari bibir ke bibir.
Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Sudah tentu, sesuatu
perkara berlaku tentu ada sebab-sebab yang mendorongnya kerana pepohon
pokok tidak akan berliuk-lintuk tidak ditiup angin. Pembentukan
keperibadian mulia anak-anak bermula daripada institusi keluarga.
Sesebuah keluarga dibentuk dengan peranan ibu bapa masing-masing
kebanyak ibu bapa kini yang terlalu mementingkan kerjaya sehingga
menyebabkan anak-anak mereka di rumah berasa tersisih seperti anak kera
di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Oleh hal yang demikian,
ibu bapa haruslah mengimbangkan kerjaya dan kehidupan seharian mereka
agar anak-anak dapat mendapat didikan yang baik dari segi fizikal dan
metal. Ibu bapa sewajarnya tahu bahawa mujtamak yang kaya dalam
kebindaan tetapi muflis dari segi keperibadian akan secara tidak langsung
memberi impak negative terhadap anak-anak mereka. Oleh itu, keluarga
terutamanya ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk membentuk
keperibadian anak-anak.
Tambahan pula, ibu bapa haruslah memberi didikan dan asuhan yang
baik sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-
anak tentunya dapat mengimplimentasikan nilai-nilai murni dan sikap positif
ini dalam kehidupan seharian, seterusnya membentuk sanubari yang baik.
Ibu bapa merupakan uswah hasanah kepada anak-anak di rumah, oleh hal
yang demikian mereka mestilah sentiasa bersikap penyanyang dan berbudi
pekerti mulia dan jangan sesekali dijadikan seperti ketam mengajar anaknya
berjalan lurus, sedangkan diri sendiri berjalan mengiring. Sudah terang lagi
bersuluh bahawa jati diri anak-anak dapat dibentuk melalui institusi keluarga
khususnya ibu bapa yang memainkan peranan yang penting.

Disamping itu, anak-anak yang berfikiran suci akan sentiasa
mencontohi kelakuan ibu bapa mereka ibarat bapa borek, anak rintik. Ibu
bapa merupakan tempat luahan isi hati dan penyimpan rahsia yang paling
dipercayai anak-anak. Justeru itu, ibu bapa sewajarnya menginduktrinasikan
pucuk-pucuk hijau ini bagai menatang minyak yang penuh kerana anak-anak
remaja kini sering melibatkan diri dalam kebejatan social dan budaya
hedonisme yang begitu cepat merebak bagai virus epidemik. Melalui nasihat
dan ajaran yang baik, sudah tentu anak-anak akan tahu cara-cara untuk
membezakan antara intan dan kaca kerana sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tidak berguna lagi. Institusi keluarga memang merupakan salah
satu langkah yang signifikan dalam membentuk keperibadian anak-anak.
Dalam nada yang berbeza, keluarga yang marem dan sakina turut
merupakan tempat yang paling baik agar proses pengajaran dan
pembelajaran dilakukan dalam kalangan anak-anak. Sikap-sikap yang positif
haruslah disemai dalam jiwa anak masing-masing bentuk menjamin
kesejahteraan hidup dan pembentukan keperibadian mulia mereka. Anak-
anak yang ibarat berusia setahun jagung, berdarah setampuk pinang ini mesti
diberi penekanan dari segi mental dan fizikal supaya kelak dapat menjadi
tunggak negara. 
daripada contoh karangan pmr

ADLIN

No comments:

Post a Comment