Malam itu cuaca agak sejuk.Hujan turun dengan lebat dan petir sambar-menyambar.Rahman bangun lalu menuju ke bilik air.Tiba-tiba,dia terdengar seakan-akan bunyi ranting dipijak orang.Badannya terasa seram sejuk.secara tiba-tiba,satu pertanyaan terlintas di fikiran Rahman.
Siapakah orang itu?pencuri?perompak?tanya rahman kepada diri sendiri.
Dia pun menjenguk keluar tingkap dapur untuk mencari jawapan kepada soalan yang berlegar-legar dalam fikirannya.keadaan di luar gelap-gelita.alangkah terperanjatnya apabila ternampak satu lembaga sedang berjalan menuju ke arah rumahnya.
Perasaan takut mula menguasai dirinya.badannya mengigil ketakutan bula romanya menegak.kemudian,dia berjalan perlahan-lahan menuju ke arah suis lampu untuk memasang lampu di luar ruamhnya.
Setelah lampu menerangi halaman rumahnya,rahman memberanikan diri dan melihat sekeliling.rupa-rupanya,lembaga itu ialah pak-ngahnya.beliau datang untuk meminjam lilin daripada rahman kerana bekalan elektrik di rumahnya terputus.
Rahman berasa lega dan tertawa sendirian.
adlin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment