Blogger Templates

Sunday 9 October 2011

bagai kacang lupakan kulit

Peribahasa merupakan kelopak kata yang mempunyai maksud yang tersendiri dan digunakan sejak zaman dahulu lagi.Salah satu peribahasa yang popular ialah "bagai kacang lupakan kulit".Peribahasa ini bermaksud seseorang yang melupakan orang         yang pernah berjasa kepadanya.    
                 Bahrin ialah anak yati piatu.Dia telah kehilangan kedua-dua ibu bapanya dalam satu nahas dijalan raya.Pada waktu itu,Bahrin masih kecil lagi.pak cik dan mak ciknya telah menjadikanya sebagai anak angkat mereka.    
                 Walaupun kehidupanya mereka kais pagi makan pagi,kais petang makan petang,namun mereka berusaha untuk menyekolahkan Bahrin. Mereka terpaksa bersusah payah untuk menyediakan segala keperluan Bahrin dissekolah.    
                 kerajinan serta kecekapan Bahrin telah membuahkan hasil.Dia telah berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading.Setelah mendapat ijazah,dia memohon biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.    
                 Selepas dua tahun,dia kembali ke tanah air.Dia telah menjawat jawatan Timbalan Pengarah di sebuah syarikat besar.Semenjak itu,Bahrin berasa segan untuk mendedahkan asal-usulnya dan bersikap sombong.Dia juga tidak melawat keluarga angkatnya yang telah tua dan uzur di kampung.Dia tidak mengenang jasa dan titik peluh mereka kepadanya.    
                 Sikap Bahri yang "bagai kacang melupakan kulit" ini amt memilukan hati kedua-dua pak cik dan mak cik nya.Kita tidak harus bersikap sedemikian kerana kita akan dianggap sebagai penderhaka. sekian sahaja karangan saya disini .saya akan buat banyak karangan lagi dengan nama ZzLow

daripada contoh karangan pmr

ADLIN

1 comment: