Blogger Templates

Friday 30 September 2011

Karangan Jenis Peribahasa


        Marlisa begitu takut untuk menunjukkan Kad Laporan Kemajuan kepada ayahnya. Dia pasti dimarahi oleh ayahnya kerana sudah beberapa kali gagal dalam ujian Sains dan Matematik.

        “Marlisa, sudah tiga kali kamu gagal dalam ujian Sains dan Matematik. Kalau kamu lemah dalam mata pelajaran itu, kamu harus berusaha dengan lebih gigih untuk menguasainya. Kamu boleh bertanya kepada kakak, kawan-kawan, atau guru,” kata ayahnya dengan suara yang agak tinggi.

        Tapi, saya sudah berusaha, ayah, “kata Marlisa sambil menundukkan kepalanya.

        “Kamu tidak boleh berputus asa. Kamu harus yakin akan diri kamu. Belakang parang kalau diasah, nescaya akan tajam juga,” kata ayahnya lagi.

        Sejak hari itu, Marlisa gigih mengulang kaji pelajaran, terutama mata pelajaran Sains dan Matematik. Dia juga sering bertanya kepada kakak, kawan-kawan, dan guru tentang pelajaran.

        Kini, peperiksaan akhir tahun bermula. Sepanjang peperiksaan itu, dia tidak menghadapi masalah kerana menpunyai persediaan yang cukup. Dia yakin bahawa dia akan mendapat keputusan yang baik.

        Apabila keputusan peperiksaan diumumkan, Marlisa berasa gembira. Dia telah berjaya dengan cemerlang. Markah ujian Sains dan Matematik juga meningkat tinggi. Dia tidak sabar hendak memberitahu ayahnya tentang keputusan peperiksaan tersebut.

No comments:

Post a Comment