Blogger Templates

Friday 30 September 2011

Karangan Jenis Berita

MENTAKAB, Selasa- Suatu kemalangan ngeri yang melibatkan sebuah lori yang sarat dengan sebuah kereta telah berlaku di Batu 10, Mentakab, Pahang, kira-kira pukul 7.00 pagi semalam.

          Menurut Ketua Polis Daerah, Penguasa Polis Daud Osman, pemandu lori itu memandu dalam keadaan mabuk dan tidak dapat mengawal kenderaannya dengan baik. Lori tersebut dalam perjalanan ke Mentakab. Lori itu terbabas lalu bertembung dengan sebuah kereta yang datang dari arah yang bertentangan

          Kemalangan itu menyebabkan bahagian hadapan kereta itu remuk. Pemandu kereta, Encik Khalid Yunus dan isterinya,Puan Latifah Manaf cedera parah. Manakala pemandu dan kelindan lori mengalami cedera ringan.

          Pihak bomba yang berkejar ke tempat kejadian berusaha untuk mengeluarkan mangsa, tetapi mereka mengalami kesukaran kerana kedua-dua mangsa tersepit di bahagian kaki. Mereka terpaksa memotong beberapa bahagian kereta untuk mengeluarkan mangsa. Mangsa-mangsa itu dapat dikeluarkan pada pukul 10.00 pagi.

          Sementara itu, pengguna jalan raya di situ tersekat kira-kira empat jam kerana sebahagian lorong jalan itu tidak dapat dilalui. Kenderaan terpaksa bergerak perlahan-lahan sejauh tiga kilometer. Hal ini demikian kerana para pemandu memperlahankan kenderaan mereka untuk melihat kemalangan itu.

          Mangsa-mangsa kemalangan telah dibawa ke Hospital Besar Mentakab. Manakala pemandu dan kelindan telah ditahan oleh pihak polis untuk siasatan lanjut.

20 comments: