Pengetua pertama sekolah ini ialah Puan Aishah Hanum Bt. Dadameah..Bilangan muridnya pada masa itu berjumlah 625 orang dengan 26 orang guru dan 17 buah bilik darjah..Pada 25 September 1966 sekolah ini telah berpindah ke lokasi baru iaitu di jalan Day (Lebuh Raya Sultanah Bahiyah)..Bangunan sekolah ini terdiri daripada 3 bangunan 2 tingkat (blok A,B dan C) yang menempatkan 16 buah bilik darjah,2 makmal sains dan beberapa bilik khas bagi matapelajaran masakan,jahitan,lukisan,ilmu alam dan bilik alat pandang dengar..Kemudahan lain yang dibina ialah sebuah padang permainan dan sebuah bangunan asrama bagi menampung 100 penghuni..
Pada awal tahun 1968,Puan Aishah Hanum Bt. Dadameah telah bersara dan digantikan oleh Cik Puteri Kamariah Bt. Megat Ramli..Antara peristiwa menarik yang berlaku pada tahun 1968 ialah murid-murid dari Sabah dan Sarawak mula ditempatkan di sekolah ini..Pada 16 Julai 1969,ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah telah berkenan merasmikan pembukaannya dan nama sekolah telah ditukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah sehingga hari ini..
No comments:
Post a Comment