Blogger Templates

Friday 30 September 2011

SYAIR TANAH PERJUANG

TANAH PEJUANG
Jika diundurkan tika
Kau akan lihat masa dulu kala
Terlihat betapa pentingnya perjuangan
Terlihat betapa besar dan agung
Jasa dan keringat mereka taburkan
Wang, tenaga, masa dan fikiran
Hanya didambarkan untuk perjuangan
Satu perjuangan yng lahir dari jiwa
Satu perjuangan yang terbit dari naluri
Jiwa mereka perkasa
Jiwa mereka murni suci
Setiap langkah hanya untuk anak bangsa
Untuk lihat lahirnya negara bangsa
Perjuangan mesti diteruskan
Hanya itu jalan penyelesaian
Langkah kaki mesti dipercepat
Kerana itu cara perjuangan
Kelompok pimpinan diperkuat
Hati masyarakat semua ditambat
Perjuangan ini murni
Perjuangan ini suci
Hanya ingin satu kebebasan
Kita lihat tika ini
Bangsa kita bangsa merdeka
Separuh abad terpasak di dada dunia
Gah, juara digeruni seantero
Malaysia
Namamu melakar sejarah
Lagakmu mencabar
Kelibatmu ghairah
Sang negara dunia hati – hati denganmu
Resepi bercampur kaum
Serat isi inti dalamnya
Penuh dengan pelbagai rasa
Perpaduan utuh punca segala
Globalisasi dunia pemangkin utama
Namamu gah merentasi sempadan dunia
Ekonomi, teknologi kepakaran terbukti
Dihidang semua untuk bangsa dicintai
Merdeka separuh abad
Bukti keagungan bangsamu
Bukti kekuatan perpaduanmu
Anak bangsa untung menikmati
Dijaga rapi kemas merdeka ini
Untuk santapan cucu cicit
Untuk ingatan cerita nenek moyang
Merdeka sudah dianugerahi
Semat di jiwa simpan di hati
Merdeka ini anugerah Illahi..

PANTUN JENAKA

Hari-hari makan laksa
Sedapnya kuah ikan kelisa
Badan kuat serta perkasa
Selamat menyambut hari selasa

Menangkap ikan pakai bubu
Untuk hidangan nasi kerabu
Kenapa masih dalam kelambu
Ofis kau tutup ker hari rabu

Atas pokok ada penyegat
Anak kambing baunya hamis
Kenapa kau tak pernah ingat
Janji nak belanja aku hari khamis

Sudahkah anda tunaikan solat?
Solat wajib 2 rakaat
Bukannya apa cuma saje nak ingat
mana tau esk kiamat..selamat hari jumaat

Hari-hari minum air batu
minum sampai rahang kematu
tengah sibuk sangat ke tu?
Sampai tak ingat janji dating hari sabtu

Sajak

Bumi,
Kau semakin tua,
Kau semakin terancam,
Kesengsaraanmu amat menyakitkan.


Hutan diterokai,
Flora dan fauna semakin berkurangan,
Pencemaran udara menjadikan,
Manusia semakin lemah.


Bumi,
Kadangkala kau meluahkan marahmu,
Insan yang tidak bedosa menjadi mangsa,
Tiada siapa meperdulikanmu.


Teman,
Bersamalah kita menjaga,
Dan menyayangi bumi,
Agar generasi akan datang dapat merasakan keselesaan.

Sajak

Bumi,
Kau semakin tua,
Kau semakin terancam,
Kesengsaraanmu amat menyakitkan.


Hutan diterokai,
Flora dan fauna semakin berkurangan,
Pencemaran udara menjadikan,
Manusia semakin lemah.


Bumi,
Kadangkala kau meluahkan marahmu,
Insan yang tidak bedosa menjadi mangsa,
Tiada siapa meperdulikanmu.


Teman,
Bersamalah kita menjaga,
Dan menyayangi bumi,
Agar generasi akan datang dapat merasakan keselesaan.

Surat Kiriman Tidak Rasmi


Kelab Badminton,
Sekolah Kebangsaan FELDA Jengka 14,
26400 Bandar Pusat Jengka,
Pahang Darul Makmur.

                                                                                                                                               

Pengurus,
Syarikat Pertama,
No. 10, Jalan Tok Sira,
28000 Temerloh.

Tuan,

Memesan Peralatan Badminton

Saya Roslan bin Hashim setiausaha Kelab Badminton,Sekolah Kebangsaan FELDA Jengka 14,Bandar Pusat Jengka,Pahang.Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memesan beberapa peralatan badminton daripada pihak tuan.

2. Peralatan yang kami perlukan adalah seperti yang berikut:
          (a)Raket- Pro-Kennex, Steel 100                           6 unit
          (b)Bulu tangkis-Dunlop                                           5 tabung
          (c)Jaring                                                                2 unit

3.       Untuk makluman tuan,bayaran akan kami tunaikan setelah peralatan tersebut kami terima.Kami berharap agar pihak tuan akan menyediakan bil bagi pembelian peralatan itu.

4.       Peralatan ini sangat diperlukan oleh ahli-ahli kelab ini mulai 25 Mac akan datang untuk latihan harian kelab.

5.       Saya berharap agar pihak tuan dapat menghantar pesanan tersebut dengan segera. Sekiranya jenama pilihan kami tidak ada dalam simpanan tuan,kami bersetuju jika pihak tuan menukarnya kepada jenama yang lain.

Kerjasama daripada pihak tuan, saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, harap maklum.

Yang benar,
Roslan
(ROSLAN BIN HASHIM )
Setiausaha Badminton,

The nightmares

       My greatest fear is that I would be eaten alive by a shark. I am even afraid to look at pictures of these savage-looking creatures.

       It all began when I was ten years old. My older cousins asked me to go with them for a movie. I was excited that I did not even ask what movie they were going to watch.

       I cannot recall what the movie was about but I will never forget the scene in which a shark devoured a man alive. The sinister background music and the victim’s horrible screams made my blood run cold.

       For months after that, I had nightmares in which I was eaten alive by a shark. I was afraid to go to the toilet on my own at night. One of my sisters or brothers had to accompany me. I refused to go to seaside and even stopped going fishing with my father.

       At first, my family members teased me and called me a coward. But when I continued to wake up screaming in the middle of the night, my parent grew very concerned.

       Although they tried to help me, I could not forget what I had seen. The nightmares disappeared eventually, but the fear remains with me to this day.

Pantun

Kemumu di dalam semak,
       Jatuh melayang selaranya,
Meski ilmu setinggi tegak
       Tidak sembahyang apa gunanya.

Asam kandis asam gelugur,
       Ketiga asam riang-riang,
Menangis di pintu kubur,
       Teringat badan tidak sembahyang.

Kemumu di pekan tengah,
       Dihembus angin jatuh ke bawah,
Ilmu yang tidak diamalkan,
       Bagai pohon tidak berbuah.

Banyaklah bulan antara bulan,
       Tidak semulia bulan puasa,
Banyaklah tuan serupa tuan,
       Tidak semulia Tuhan Yang Esa.

Bendahara Datuk Seri Paduka,
       Memerintah kota dan negeri,
Sengsara masuk dalam neraka,
       Hendaklah kita ingatkan diri.

Pohon di kebun habis berbuah,
       Disambut masak buah rembega,
Mohonka ampun dosa yang sudah,
       Hendak masuk dalam syurga.

Karangan Jenis Dialog


Azizi: Selamat sejahtera dan selamat datang ke sekolah ini, saudara Husin.

Husin: Selamat sejahtera. Terima kasih.

Azizi: Saya Azizi, setiausaha majalah bulanan sekolah ini. Saya ingin mengemukakan beberapa soalan kepada saudara.

Husin: Boleh, saya sedia menjawabnya.

Azizi: Mengapakah saudara bertukar ke sekolah ini?

Husin: Sebenarnya, saya mengikuti ayah dan keluarga saya. Ayah saya berkhidmat di Jabatan Bekalan Air di daerah ini.

Azizi: Oh, begitu! Apakah perbezaan jelas yang saudara lihat antara sekolah ini dengan sekolah saudara dahulu?

Husin: Banyak perbezaan yang dapat saya lihat. Antaranya termasuklah kawasan sekolah. Kawasan sekolah ini lebih bersih dan ceria. Bilangan muridnya pun lebih banyak.

Azizi: Seterusnya apakah perasaan saudara setelah tiga hari belajar di sini??

Husin: Walaupun baru tiga hari saya belajar di sini, saya berasa sungguh seronok kerana murid-murid di sini peramah dan berdisplin.

Azizi: Setakat ini sahaja soalan-soalan yang dapat saya kemukakan. Hasil temu ramah ini akan dimuatkan dalam majalah sekolah keluaran bulan hadapan. Saya ucapkan terima kasih atas kejasama saudara.
Husin: Terima kasih kembali.

Azizi: Salam perkenalan daripada saya.

Husin: Saya begitu juga.

Karangan Catatan

Sabtu,12 Mei 2009
Sekolah Kebangsaan Seri Petaling menganjurkan hari kantin.

7.30 pagi :Semua murid Tahun Lima dan Enam berkumpul di hadapan
               dewan sekolah. Setelah mendengar taklimat dan arahan                   daripada Cik Lee, kami ke gerai masing-masing di padang                    sekolah. Gerai kami menjual airc tebu, air mata kucing, mi                   goreng, nasi lemak, kuih lapis, karipap, sandwic, dan roti                    gulung.

9.00 pagi :Guru-guru dan murid-murid mulai mengunjungi gerai kami.                Kami begitu sibuk melayan kehendak pelanggan. Hasil                                    jualan gerai kami amat menggalakkan. Kami tidak ada                     masa untuk rehat walaupun sekejap.
       
1.30 petang :Barang jualan hampir habis. Pengunjung mulai                               berkurangan. Banyak orang sudah pulang ke rumah. Cik                     Lee mengarahkan kami supaya mengemaskan barang-                         barang.

2.00 petang :Kami membersihkan gerai serta kawasan di sekelilingnya                 secara bergotong-royong. Sebelum pulang, kami                                  mengambil gambar beramai-ramai di hadapan gerai                      sebagai kenang-kenangan.

3.00 petang :Semua pelajar dan guru pulang ke rumah masing-                            masing.

Karangan Jenis Berita

MENTAKAB, Selasa- Suatu kemalangan ngeri yang melibatkan sebuah lori yang sarat dengan sebuah kereta telah berlaku di Batu 10, Mentakab, Pahang, kira-kira pukul 7.00 pagi semalam.

          Menurut Ketua Polis Daerah, Penguasa Polis Daud Osman, pemandu lori itu memandu dalam keadaan mabuk dan tidak dapat mengawal kenderaannya dengan baik. Lori tersebut dalam perjalanan ke Mentakab. Lori itu terbabas lalu bertembung dengan sebuah kereta yang datang dari arah yang bertentangan

          Kemalangan itu menyebabkan bahagian hadapan kereta itu remuk. Pemandu kereta, Encik Khalid Yunus dan isterinya,Puan Latifah Manaf cedera parah. Manakala pemandu dan kelindan lori mengalami cedera ringan.

          Pihak bomba yang berkejar ke tempat kejadian berusaha untuk mengeluarkan mangsa, tetapi mereka mengalami kesukaran kerana kedua-dua mangsa tersepit di bahagian kaki. Mereka terpaksa memotong beberapa bahagian kereta untuk mengeluarkan mangsa. Mangsa-mangsa itu dapat dikeluarkan pada pukul 10.00 pagi.

          Sementara itu, pengguna jalan raya di situ tersekat kira-kira empat jam kerana sebahagian lorong jalan itu tidak dapat dilalui. Kenderaan terpaksa bergerak perlahan-lahan sejauh tiga kilometer. Hal ini demikian kerana para pemandu memperlahankan kenderaan mereka untuk melihat kemalangan itu.

          Mangsa-mangsa kemalangan telah dibawa ke Hospital Besar Mentakab. Manakala pemandu dan kelindan telah ditahan oleh pihak polis untuk siasatan lanjut.

Karangan Jenis Syarahan



Selamat sejahtera Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Guru Besar, para hakim yang arif lagi bijak sana, guru-guru dan seterusnya rakan-rakan yang dikasihi. Berdirinya saya di atas pentas ini adalah untuk menyampaikan hujah-hujah saya dalam syarahan yang bertajuk, “Keburukan Iklan di Televisyen”.

Hadirin yang dihormati,

        Iklan sering dilihat di kaca televisyen. Pelbagai jenis dan bentuk iklan dipamerkan. Ada antara iklan-iklan itu mengandungi unsure yang bertentangan dengan nilai moral seperti pergaulan bebas di kalangan muda-mudi, keganasan, dan sebagainya. Unsur-unsur yang keterlaluan ini dapat menpengaruhi watak dan tinkah laku kanak-kanak.

        Selain itu, terdapat juga iklan yang menpamerkan budaya kuning yang dapat merosakan akhlak remaja. Antaranya iklan rokok, pakaian, minuman dan sebagainya. Para remaja yang masih menta ini mudah terikut-ikut akan gaya dan persembahan yang ditonjolkan dalam iklan tersebut.

Hadirin yang dikasihi,

        Tidak dapat dinafikan bahawa iklan juga telah menpegaruhi pengguna untuk membeli barangan yang kurang bermutu. Tanpa disedari, pengguna telah tertipu oleh barangan yang diiklankan. Pada umumnya, iklan hanya bersifat indah khabar daripada rupa.

        Iklan juga menanamkan sifat boros di kalangan masyarakat. Biasanya masyarakat akan terdorong untuk membeli barangan yang diiklankan, walaupun barang tersebut tidak diperlukan.

        Akhirnya, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa iklan lebih banyak keburukannya daripada kebaikan. Senbagai penutup hujah-hujah saya, kemaafan yang saya pinta jika terkasir bahasa. Sekian, terima kasih.

Karangan Jenis Syarahan



Selamat sejahtera Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Guru Besar, para hakim yang arif lagi bijak sana, guru-guru dan seterusnya rakan-rakan yang dikasihi. Berdirinya saya di atas pentas ini adalah untuk menyampaikan hujah-hujah saya dalam syarahan yang bertajuk, “Keburukan Iklan di Televisyen”.

Hadirin yang dihormati,

        Iklan sering dilihat di kaca televisyen. Pelbagai jenis dan bentuk iklan dipamerkan. Ada antara iklan-iklan itu mengandungi unsure yang bertentangan dengan nilai moral seperti pergaulan bebas di kalangan muda-mudi, keganasan, dan sebagainya. Unsur-unsur yang keterlaluan ini dapat menpengaruhi watak dan tinkah laku kanak-kanak.

        Selain itu, terdapat juga iklan yang menpamerkan budaya kuning yang dapat merosakan akhlak remaja. Antaranya iklan rokok, pakaian, minuman dan sebagainya. Para remaja yang masih menta ini mudah terikut-ikut akan gaya dan persembahan yang ditonjolkan dalam iklan tersebut.

Hadirin yang dikasihi,

        Tidak dapat dinafikan bahawa iklan juga telah menpegaruhi pengguna untuk membeli barangan yang kurang bermutu. Tanpa disedari, pengguna telah tertipu oleh barangan yang diiklankan. Pada umumnya, iklan hanya bersifat indah khabar daripada rupa.

        Iklan juga menanamkan sifat boros di kalangan masyarakat. Biasanya masyarakat akan terdorong untuk membeli barangan yang diiklankan, walaupun barang tersebut tidak diperlukan.

        Akhirnya, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa iklan lebih banyak keburukannya daripada kebaikan. Senbagai penutup hujah-hujah saya, kemaafan yang saya pinta jika terkasir bahasa. Sekian, terima kasih.

Karangan Jenis Peribahasa


        Marlisa begitu takut untuk menunjukkan Kad Laporan Kemajuan kepada ayahnya. Dia pasti dimarahi oleh ayahnya kerana sudah beberapa kali gagal dalam ujian Sains dan Matematik.

        “Marlisa, sudah tiga kali kamu gagal dalam ujian Sains dan Matematik. Kalau kamu lemah dalam mata pelajaran itu, kamu harus berusaha dengan lebih gigih untuk menguasainya. Kamu boleh bertanya kepada kakak, kawan-kawan, atau guru,” kata ayahnya dengan suara yang agak tinggi.

        Tapi, saya sudah berusaha, ayah, “kata Marlisa sambil menundukkan kepalanya.

        “Kamu tidak boleh berputus asa. Kamu harus yakin akan diri kamu. Belakang parang kalau diasah, nescaya akan tajam juga,” kata ayahnya lagi.

        Sejak hari itu, Marlisa gigih mengulang kaji pelajaran, terutama mata pelajaran Sains dan Matematik. Dia juga sering bertanya kepada kakak, kawan-kawan, dan guru tentang pelajaran.

        Kini, peperiksaan akhir tahun bermula. Sepanjang peperiksaan itu, dia tidak menghadapi masalah kerana menpunyai persediaan yang cukup. Dia yakin bahawa dia akan mendapat keputusan yang baik.

        Apabila keputusan peperiksaan diumumkan, Marlisa berasa gembira. Dia telah berjaya dengan cemerlang. Markah ujian Sains dan Matematik juga meningkat tinggi. Dia tidak sabar hendak memberitahu ayahnya tentang keputusan peperiksaan tersebut.

Karangan Jenis Laporan



LAPORAN SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH.
       
        Semua warga guru daerah Maran telah menyertai sambutan Hari Guru peringkat daerah pada 17 Mei yang lalu. Majlis itu diadakan di Dewan Daerah Maran.

        Tepat pukul 8.30 pagi, semua warga pendidik dan jemputan khas telah memenuhi dewan. Tuan Pengarah Pendidikan Negeri, Encik Nizam bin Zulkifli menyatakan bahawa majlis ini diadakan untuk memperingati jasa dan pergorbanan guru kepada bangsa dan negara. Selain itu, Tuan Pengarah juga mengingati guru-guru agar menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh iklas dan dedikasi.

        Selepas upacara perasmian, majlis diserikan lagi dengan nyayian “Guru Malaysia”oleh kumpulan koir yang terdiri daripada 25 orang guru. Para guru yang hadir berasa lebih bersemangat apabila menyaksikan persembahan pantomin perjuangan warga guru oleh kumpulan teater guru daerah ini.

        Sebelum majlis berakhir, Tuan Pengarah telah menyampaikan hadiah kepada Tokoh Guru daerah Maran. Selain itu, sekolah-sekolah yang telah Berjaya menunjukkan prestasi cemerlang dalam upsr tahun lalu turut mendapat hadiah.

        Pada keseluruhannya, majlis sambutan Hari Guru berjalan denga lancar. Selain itu, sambutan Hari Guru yang kesepuluh ini telah dapat juga memberikan kesedaran dan semangat baru kepada kaum guru untuk meneruskan perjuangan mendidik anak–anak bangsa.


Pelapor,                                                             20 MEI 2009.

Sakinah Baharom
(SAKINAH BAHAROM)

Karangan Jenis Keperihalan



        Pada suatu hari, saya ke bandar Jerantut untuk membeli pakaian sukan. Ketika saya sedang berjalan, saya ternampak akan ketulan asap hitam keluar dari bumbung sebuah bangunan.
       
        Saya segera menghampiri kedai tersebut. Rupa-rupanya kedai itu terbakar dan api sedang marak. Saya segera ke pondok telefon yang berhampiran untuk menelefon pihak bomba.

        Selepas itu, saya pergi ke kedai itu semula. Saya membantu peniaga kedai itu memunggah barang-barang ke tempat yang selamat. Banyak orang turut membantu peniaga itu.

        Tidak lama kemudian, pasukan bomba pun tiba. Mereka bertungkus-lumus untuk memadamkan api itu. Salah seorang daripada ahli bomba itu menyatakan bahawa kebakaran itu disebabkan oleh kebocoran paip dapur gas.

        Lebih kurang satu jam kemudian, api berjaya dipadamkan. Kebakaran itu telah menyebabkan tiga buah kedai hangus dijilat api. Mengikut kenyataan ketiga-tiga tuan punya kedai itu, kerugian dianggarkan RM50 000. Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

        Selepas itu, orang ramai pun bersurai. Namun demikian, ada juga yang membantu tuan punya kedai untuk mencari barang-barang berharga. Saya pula meneruskan niat saya untuk membeli pakaian sukan.

Karangan Jenis Fakta


Berkerjasama bermaksud melakukan sesuatu kerja bersama-sama atau saling membantu. Kerjasama ini melibatkan hal tolong-menolong dalam perhubungan sesama individu, masyarakat, dan negara.

        Sikap bekerjasama ini sangat baik diamalkan. Jika kita berkejasama, semua kerja dapat dijalankan dengan sempurna bak kata pepatah,  “Berat sama dipikul, ringan sama di jinjing”.

        Dalam bidang pelajaran pula, sesuatu masalah dapat diselesaikan dengan baik jika dilakukan secara berkumpulan. Rakan-rakan yang mahir atau faham sesuatu topik, dapat membantu rakan-rakan yang lemah.

        Seterusnya, jika kita saling membantu, semua kerja dapat diselesaikan dengan cepat, contohnya aktiviti membersihkan sesuatu kawasan secara bergotong-royong. Kerja yang berat akan menjadi ringan.

        Selain itu, sikap bekerjasama dapat juga mewujudkan persefahaman dan kemesraan di kalangan anggota masyarakat. Seseorang itu akan saling menghormati dan bersatu untuk mewujudan kerjasama. Apabila hubungan antara individu baik, maka negara akan aman.

        Dengan itu, jelaslah bahawa sikap bekerjasama ini perlu diamalkan. Bak kata pepatah, “Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat”.