Blogger Templates

Thursday 5 May 2011

Independence Day

53 years ago in Stadium Merdeka, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj shouted “Merdeka!” for 7 times and it marks our independence day since then. Malaya or Malaysia (after 1963) gained independence on 31st August 1957 from British. It was a peaceful independence attained by agreement with the United Kingdom where Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj embarks on a delegation of ministers and political leaders to negotiation with the British in London. Yes, the agreement was accepted then and 31st August 1957 has been selected as the official day!

Although the independence we have do not experienced any shed of blood and fighting, the long period of colonization and freedom is something that worth more than that. Being an independence nation, there is so much we can do and proved to the world. Over the last 53 years since the first day of independence, Malaysia has changed a lot. From an agriculture based economy, we have moved to industrial based economy. The success in other areas also shows we have what it takes to be on our own.
Here at 701Panduan, we are so happy and anticipated to celebrate this memorable day of Merdeka. We believe that our beloved country, Malaysia will be more successful in the future. And as the generation who lives without knowing the hardness of colonization, we should appreciate our independence and should strive at best for our country!
Happy Independence Day Malaysia!

1 MALAYSIA ..

Konsep “1 Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan”, telah diperkenalkan oleh
Dato’ Sri Najib Bin Tun Abdul Razak setelah beliau secara sah dilantik sebagai Perdana Menteri
Malaysia yang ke-6 pada 3 April yang lalu. Pelbagai persepsi timbul daripada pengenalan konsep
ini yang dikatakan menyamai konsep “Malaysian Malaysia” yang diperkenalkan oleh parti
politik DAP pada tahun 1960-an. Namun hal ini hanya merujuk kepada ideologi politik yang
diperjuangkan oleh individu yang bernaung dibawah pengaruh parti politik tempatan. Sesuatu
yang seharusnya menjadi debat dan forum percambahan minda ialah kaedah dan pelaksanaan
yang boleh diguna pakai untuk menterjemahkan ideologi kepimpinan beliau dan sejauh manakah
pelaksanaannya mempengaruhi penerimaan masyarakat terhadap konsep baru ini. Oleh itu,
definisi konsep yang seharusnya merangkumi pelbagai sudut pandangan perlu diperjelaskan
untuk membolehkan penerimaan konsep ini dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat di
Malaysia.
Secara umumnya, Malaysia yang berlatarbelakangkan kepelbagaian kaum dalam satu
naungan kuasa raja berperlembagaan amat menitikberatkan semangat perpaduan dan patriotisme
yang tinggi dalam setiap diri masyarakatnya. Hal ini perlu dijaga dan sering diberi perhatian bagi
menjaga keamanan dan keselamatan negara. Oleh itu, konsep 1 Malaysia ini secara sosiologinya
bermaksud kewujudan satu bangsa yang besar yang digelar “Bangsa Malaysia” dan
menggantikan dasar perkauman yang hanya menjauhkan hubungan antara kaum di negara ini.
Bangsa-bangsa di negara ini harus membentuk satu budaya penerimaan pelbagai aplikasi adat,
budaya dan peraturan yang dipraktikkan sesebuah kaum bagi meningkatkan kesefahaman dan
menjayakan gagasan ini. Sikap hormat-menghormati danmesra antara kaum amat penting bagi
menzahirkan jati diri Bangsa Malaysia. Oleh itu, pemupukan nilai murni ini bolah dilaksanakan
di peringkat awal lagi khususnya dalam membina kehidupan berjiran di kawasan perumahan agar
gagasan 1 Malaysia dapat diterapkan dalam kalangan masyarakat.
Dalam aspek politik pula, gagasan ini perlu tulus dan mencakupi pelbagai fahaman politik
negara. Pihak pembangkang mahupun pihak kerajaan bukan sahaja perlu bersama dalam
menjayakan gagasan ini malahan perlu mengetepikan ideologi dan kepentingan politik mereka.
Hal ini kerana keperluan dan kepentingan rakyat menjadi keutamaan negara yang harus
didahulukan sebelum kepentingan politik mengambil tempat. Parti-parti politik yang
berpengaruh perlu bersifat glokal bagi mancari usaha ke arah pembangunan modal insan yang
jitu dan mapan serta mampu bersaing dengan arus permodenan dunia. Persaingan politik perlu
diketepikan dan pembentukkan sahsiah yang baik merupakan contoh yang berguna kepada
masyarakat. Sikap suka menjatuhkan pula amat bertentangan dengan gagasan1 Malaysia yang
lebih bersifat menggalakkan dan mendukung usaha ke arah pembentukkan Bangsa Malaysia.
Peristiwa hitam 13 Mei 1969 seharusnya menjadi pedoman dalam setiap kamus kehidupan
pemimpin mahupun rakyat di negara ini agar langkah menjaga Bangsa Malaysia dapat
diperkukuhkan.
Seterusnya, aspek ekonomi pula lebih memperlihatkan penghapusan dasar “Pecah dan
Perintah” yang diperkenalkan oleh penjajah barat sebelum Tanah Melayu (Malaysia) mencapai
kemerdekaan.Meskipun sudah 52 tahun, Malaysia mencapai kemerdekaan, namun kesan
daripada dasar ini masih jelas kelihatan. Oleh itu, menerusi gagasan 1 Malaysia ini, sektor
ekonomi lebih tertumpu kepada kesamarataan penguasaan ekonomi masyarakat. Jika dahulu
kaum Melayu lebih tertumpu kepada bidang pertanian dan perikanan, kaum Cina memonopoli
bidang perniagaan dan perlombongan serta kaum India hanya tertumpu kepada bidang
Satu Malaysia

Pantun hari GURU..

Tujuh belas tahun rindu tersemat,
Tanjung Aru tempat berjumpa;
Lima belas Mei tarikh keramat,
Jasa guru janganlah dilupa.

Anak kancil pergi berguru
Tidak terbiasa kerja yang sia;
Dari kecil diasuh guru,
Agar dewasa menjadi manusia.

Hendak berburu ke luar kota,
Seluas alam bumi terentang;
Tanpa guru siapalah kita.
Ibarat malam tanpa bintang.

Jalan ke barat berpilin-pilin,
Cuaca redup menawar duka;
Guru ibarat cahaya lilin,
Menyuluh hidup tiap ketika.

Angin menderu dengan sepoinya,
Di anak tangga duduk berperikan;
Kasih guru akan muridya,
Masa dan tenaga rela korbankan.

Meski Utarid kabur pandangnya,
Hanya percaya kuasa Tuhan;
Kasih murid akan gurunya,
Gapai jaya di hari depan.

Putik baru mekar di laman,
Kembang kudup kumbang terpikat;
Hargai guru sepanjang zaman,
Agar hidup beroleh berkat.

Istana kota sebelas langkat,
Tempat baharu Nakhoda Pekan;
Sama kata sama sepakat,
Hari guru marilah raikan.

terima kasih guru ..

Terima kasih guru
yang mengajarku dulu
membawaku ke ladang-ladang
ilmu
dengan sabar tak kenal jemu
kini kupetik buah kejayaan itu
dari pohon jasa seharum narwastu.

Terima kasih guru budiman
yang merungkai erti kehidupan
menanam benih-benih kemanusiaan
memadam puntung-puntung
kesombongan
bagai bintang di kegelapan malam
di tengah lautan jadi pedoman.

Terima kasih guru jauhari
yang membugar perkebunan budi
lembut menyiram akal pekerti
tekun menyemai mulia peribadi
jasa baktimu terhampar pasti
moga Tuhan sentiasa memberkati.

Terima kasih guru tercinta
menyahut cabaran semangat perkasa
memperkukuh iltizam membina bangsa
gelanggang pendidikan diri diperhamba
modal insan dijana dipelihara
melahirkan pemimpin memacu negara.

GuRu oH gUrU

Guru O Guru Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Trengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang di apungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


Wednesday 4 May 2011

PANTUN

BUAH CEMPEDAK DI LUAR PAGAR,
AMBIL GALAH TOLONG TUNJUKAN,
SAYA BUDAK BARU BELAJAR,
KALAU SALAH TOLONG TUNJUKAN.

Monday 2 May 2011

Westlife - If I Let You Go

ASMA UL-HUSNA

Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan jalan raya ialah peristiwa ngeri yang biasanya melibatkan perlanggaran dua kenderaan atau lebih di jalan raya atau pun lebuh raya. Kemalangan sebegini biasanya boleh membawa kecederaan dan juga kematian. Negara kita merupakan antara negara yang mempunyai angka kematian akibat kemalangan yang tinggi. Oleh itu ada banyak punca yang harus kita kaji untuk memahami masalah ini.

Punca pertama ialah kemalangan disebabkan oleh kecuaian pemandu itu sendiri ketika menggunakan jalan raya. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk dan mengantuk atau tidak sedarkan diri. Ada juga yang tidak suka menjaga kenderaan mereka lalu kemalangan boleh berlaku kerana masalah brek, tayar dan sebagainya. Mereka tidak menghiraukan keselamatan orang lain ketika memandu kerana menganggap mereka cekap mengawal stering kenderaan. Jadi, kemalangan mudah berlaku akibat kecuaian mereka ini.

Selain itu kemalangan juga disebabkan oleh keadaan jalan raya yang tidak baik. Biasanya jalan raya menjadi lebih bahaya ketika waktu hujan turun kerana air hujan menyebabkan jalanraya menjadi lebih licin lalu sukar untuk dikawal jika pemandunya tidak berhati-hati. Begitu juga dengan keadaan jalan raya yang tidak lurus dan turun naik yang menyukarkan pemandu untuk memberi tumpuan lalu mudah berlakunya peristiwa ngeri ini. Maka, keadaan jalan raya harus diubah supaya menjadi lebih selamat buat pengguna jalan raya.

Malah, ada pihak yang menyalahkan pemandu baru yang menyebabkan kemalangan terus menerus berlaku di negara ini. Mereka dikatakan tidak mahir untuk mengawal kenderaan terutama ketika dalam keadaan kecemasan yang menyebabkan banyak yang panik. Golongan muda juga diselar kerana mereka biasanya suka memandu dengan bahaya dan laju. Sesungguhnya, satu alat mekanisme baru harus dicari untuk memastikan tahap pemanduan pemandu baru mencapai piawaian yang baik.

Jumlah kemalangan bertambah juga berkaitan dengan jumlah kenderaan yang bertambah setiap tahun. Pertambahan bilangan kenderaan menjadikan lalu lintas begitu sibuk dan penuh dengan kenderaan. Sudah pasti keadaan ini meningkatkan peratusan untuk sesuatu kemalangan itu berlaku di jalan raya. Jelaslah, semakin banyak kenderaan di jalan raya risiko untuk kemalangan berlaku amat tinggi.

Kesimpulannya, kadar kemalangan jalan raya di negara ini begitu menakutkan kita semua. Satu usaha yang berani harus dilaksanakan oleh pihak berkuasa untuk menghalang masalah ini menular lagi. Kita harus sedar bahawa nilai nyawa manusia begitu berharga. Pandu cermat jika selamat.

Isu Dadah

    Apabila anda merdengar ungkapan “Enam Jahanam”, apakah yang mungkin anda fikirkan ? Adakah itu judul sebuah filem klasik P. Ramlee atau nama kumpulan penjenayah yang diburu oleh pihak polis ? Rupa-rupanya, ungkapan itu merujuk kepada enam jenis dadah yang harus diberi perhatian serius kerana penyalahgunaannya yang meluas – heroin, kokain, ecstasy, kanabis, syabu dan morfin. Sewaktu melancarkan “Karnival Enam Jahanam”, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa isu dadah di negara kita  berada pada tahap yang berbahaya. Oleh itu, kerajaan mengisytiharkan dadah harus diperangi hingga ke akar umbi kerana dadah merupakan musuh nombor satu negara.Apakah sebenarnya dadah ? Dadah yang fungsi asalnya ialah bahan perubatan merupakan bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan ke atas sistem saraf pusat seperti menyebabkan keadaan khayal, ketagihan dan gangguan tingkahlaku. Penyalahgunaanya yang berterusan mendatangkan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.  
Pada akhir tahun 1960-an, negara  kita   mulai  mengalami  masalah  dadah  Golongan remaja  dipengaruhi oleh kebudayaan ‘hippie’ dan askar-askar Amerika yang  melancong ke Pulau Pinang. Sebagai kesan daripada kedua pengaruh tersebut, penagihan dadah telah merebak ke seluruh negara. Golongan  muda yang  terlibat  dalam  penagihan  dadah merupakan  pemuda- pemudi  harapan bangsa  dan  negara   dan  terjerumusnya  mereka  dalam alam khayalan ini mengakibatkan  mereka bukan sahaja tidak berguna kepada  masyarakat  bahkan diri  mereka sendiri. Memandangkan  hakikat inilah,  kerajaan  telah  mengambil sikap tegas terhadap pengedaran  dadah,  dan  mengambil  langkah-langkah yang perlu untuk melindungi rakyat termasuklah undang-undang yang  amat  ketat.Tetapi, pengedaran dadah nampaknya tidak boleh diselesaikan dengan hanya peruntukan undang-undang seperti Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985) walaupun mereka yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori.  Oleh itu, kerajaan telah  melancarkan  kempen antidadah  di  seluruh  negara  secara  meluas.  Namun demikian,  tanggungjawab untuk memerangi dadah seharusnya  kita  pikul  bersama.
Tindakan   pencegahan   dadah   yang   berkesan memerlukan  penglibatan semua golongan masyarakat. Pada zaman moden ini, golngan muda lebih  bebas, terdedah  kepada pengaruh asing dan mereka  lebih mengutamakan pandangan rakan sebaya. Dengan ini, mereka mudah terlibat dengan kegiatan yang  tidak sihat. Untuk  disanjung  oleh  kawan, mereka menunjukkan keberanian dengan menghisap  rokok  dan  dadah. Sekali  mereka   bermula,   maka   amat  sukar bagi  mereka memberhentikan amalan buruk ini.   Masyarakat harus dididik  sejak kecil lagi bahawa dadah itu najis, benda yang kotor dan tidak boleh disentuh. Sekiranya kita berjaya menyemai nilai ini dalam  hati  sanubari  mereka, sebahagian daripada kejayaan pencegahan dadah akan tercapai. Kita  harus sedar bahawa tindakan kita ke arah matlamat mencegah penyalahgunaan dadah ini adalah untuk menyelamatkan bukan sahaja keluarga kita sendiri bahkan generasi muda untuk  mewujudkan  satu bangsa yang bermaruah dan dihormati.
Sebahagian  besar penagih-penagih dadah  di  negara  kita  terdiri  daripada golongan remaja antara 15-29 tahun.  Antara  sebab-sebab utama  mereka  ini menjadi penagih ialah kerana keseronokan, sikap ingin tahu, pengaruh persekitaran  terutamanya pengaruh rakan sebaya, tekanan emosi disebabkan oleh sama ada kegagalan, tidak mendapat kasih sayang  ibu  bapa atau kerana kemewahan. Hal ini menunjukkan, sekolah boleh memainkan peranan penting dalam membasmi bencana dadah. Pada tahun 2005 ini, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah melancarkan program pencegahan penagihan dadah besar-besaran tahun ini dengan sasaran utama terhadap golongan belia terutama pelajar sekolah. Program pencegahan merupakan usaha terbaik bagi mengelak pertambahan jumlah penagih baru di negara ini. Menurut laporan agensi itu, sehingga Oktober tahun 2004, daripada sejumlah 30,659 penagih dadah, sebanyak 15,292 orang adalah penagih baru manakala sebanyak 15,667 adalah penagih berulang. Data ini jelas menunjukkan kita perlu bersungguh-sungguh dengan program pencegahan kerana program pemulihan dan rawatan sukar menghalang penagih-penagih ini mengulangi kegiatan mereka.
Kajian oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan kegiatan penagihan dadah lazimnya bermula dengan tabiat menghisap rokok. Ini kerana tabiat ketagihan dihasilkan oleh unsur nikotin dalam rokok. Apabila merasakan rokok tidak memberi kepuasan, mereka beralih kepada ganja dan sekiranya ganja juga tidak memberi keseronokan, mereka akan beralih kepada heroin dan morfin. Jelasnya, pencegahan tabiat merokok juga penting dalam memerangi najis dadah kerana implikasinya terhadap dorongan untuk mendapatkan dadah.    
Masyarakat harus sama-sama menyedari akan kesan pengambilan dadah. Dengan berfikiran rasional,  mereka tentu tidak sanggup menerima risikonya yang menakutkan. Antara kesan-kesannya ialah mendapat penyakit meningitis, penyakit jangkitan jantung, AIDS, Hepatitis B, C, dan D, kerosakan buah pinggang, otot-otot badan mengecut dan berkemungkinan lumpuh. Kesan fizikal pula ialah apabila sekiranya bekalan dadah tidak diperoleh mereka akan berasa keluh-kesah, gian, dan amat menderita. Jelasnya mereka akan berperang dengan kematian kerana terdedah dengan penyakit terutamanya penyakit AIDS yang amat digeruni.  
Kesimpulannya, kita harus bertekad dengan keazaman yang tinggi untuk memerangi dadah. Najis dadah akan kita kuburkan dan wujudlah suasana dadah sifar. Marilah kita sama-sama menghapuskan najis dadah yang “menjahanamkan” masyarakat daripada terus hadir di Malaysia.  Kita tiada pilihan melainkan hanya satu slogan di hati dan di minda pada setiap masa iaitu “Perangi Dadah Habis-Habisan”.

Isu Teknologi Maklumat

Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Pengerusi Majlis, pegawai-pegawai persatuan belia, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Pada era ‘dotcom’ ini, banyak negara di dunia yang berlumba-lumba untuk memajukan bidang multi media (pelbagai media) mereka. Dalam hal ini Malaysia, sebagai harimau Asia tidak ketinggalan. Kerajaan sedang berusaha membangunkan Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multi-media Super Corridor (MSC) di kawasan seluas 750 kilometer persegi, dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Projek ini ternyata meninggalkan pelbagai implikasi atau kesan kepada rakyat Malaysia sama ada implikasi yang positif atau negatif. Kesan-kesan MSC dapat dilihat dari aspek pendidikan, ekonomi, industri, sosial dan politik.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Kehadiran teknologi multi media adalah anugerah istimewa kepada dunia pendidikan. Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi multi media. Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dan pelajar sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam maya. Contohnya, cara hidup di Cyberjaya yang disiarkan melalui iklan di suratkhabar baru-baru ini menjelaskan hakikat ini. Iklan tersebut berbunyi, “Jika anda sakit dan tidak dapat menghadiri sekolah, kami akan menghantar guru ke rumah anda!” Iklan tersebut memaparkan gambar seorang budak yang sakit menggunakan komputer untuk meneruskan pelajarannya tanpa perlu pergi ke sekolah. Inilah kelebihan teknologi multi media dalam bidang pendidikan.
Hadirin yang budiman,
Selain itu, dari segi ekonomi, urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan efisien dengan adanya kemudahan multi media ini. Dunia hari ini heboh tentang ‘e-niaga’ atau ‘e-commerce,’ cara perniagaan melalui elektronik. Syarikat-syarikat e-niaga muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hampir semua perniagaan sekarang mengiklankan alamat laman web mereka beserta alamat mel elektronik (e-mail atau sedang diguna dalam bahasa Melayu sebagai emel!). Kini ‘www.sesuatu.com.my’ bukan lagi satu perkara yang baru. Pelbagai barang dan perkhidmatan dijual dan dibeli melalui internet, bukan sahaja dari dalam negara malah dari seluruh pelosok global ini. Syarikat-syarikat Malaysia juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Malah tidak beberapa lama dahulu ada berita di suratkhabar yang mengkhabarkan seorang surirumah tempatan mengambil pesanan nasi lemak melalui emel! Justeru, jelas bahawa perkembangan multi media membawa kesan positif dari aspek perniagaan.
Hadirin yang dimuliakan,
Di samping itu, kemajuan multi media juga meningkatkan kualiti dan produktiviti keluaran industri kita. Perkembangan multi media secara langsung atau tidak membantu meningkatkan produktiviti manusia. Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat, tepat serta dengan kesilapan yang amat minimum. Umpamanya, dengan adanya emel, sesuatu maklumat dapat dihantar dengan cepat melewati batas sempadan negara, masa dan ruang. Tanpa teknologi maklumat kita tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa. Produk kita akan dicap sebagai ketinggalan zaman. Mujurlah, kerajaan Malaysia siang-siang lagi telah memberi tumpuan kepada pembangunan multi media. Malah ketika melawat MSC, Bill Gates (Microsoft Corporation), insan terkaya di dunia, memuji Malaysia sebagai negara yang paling serius dalam membangunkan pusat multi medianya. Beliau menambah, di luar Amerika Syarikat pembangunan seumpama ini (seperti di Malaysia) sukar didapati. Jadi terbukti bahawa pembangunan multi media membolehkan Malaysia “berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah” dengan negara-negara maju yang lain.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Dari segi sosialnya pula, pembangunan multi media mengeratkan lagi hubungan antara rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang berada di luar negara atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan dengan ahli keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa. Mel elektronik boleh diterima dan dihantar dari mana-mana pelosok dunia. Maklumat, berita, ucapan dan pandangan dapat disalurkan agar rakyat membuat keputusan yang rasional dalam kehidupan seharian. Hubungan melalui mel elektronik bukan sahaja mudah malah jauh lebih murah daripada panggilan telefon dan jauh lebih pantas daripada penghantaran surat. Selain itu, hubungan antara negara terutamanya pemimpin politik dan tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui internet. Semangat persefahaman dan kerjasama dapat dipupuk di kalangan rakyat pelbagai negara dan berbagai-bagai kaum. Bukankah multi media satu anugerah yang tiada tolok bandingnya?
Hadirin sekalian,
Walau bagaimanapun, pembangunan pesat multi media tidak bebas daripada implikasi negatifnya. Internet hari ini lebih menjurus kepada aspek-aspek yang negatif. Malah di Malaysia sendiri, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kemudahan internet untuk menyebarkan khabar-khabar angin. Saya yakin kita masih ingat khabar angin bahawa akan berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei, 1999 di Chow Kit, Kuala Lumpur yang disebarkan melalui internet. Selain itu, kempen memburuk-burukkan pemimpin kerajaan dan kerajaan sendiri memang terus-menerus berlaku. Inilah aspek negatif internet yang sukar dibendung oleh sesiapa.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Internet juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya di kalangan generasi muda. Gambar dan bahan pornografi yang lain mengisi kebanyakan daripada ruang maya dalam internet. Remaja yang dahagakan pengetahuan seks dijadikan sasaran utama peniaga-peniaga bahan porno ini. Pengusaha-pengusaha ini juga mengaut keuntungan besar dengan memberikan perkhidmatan berunsur seks mereka itu dengan mengenakan bayaran sehingga RM50.00 sejam. Masalah ini juga merebak dengan cepat di kalangan pelajar-pelajar sekolah tidak kira lelaki atau perempuan. Ini turut memeningkan kepala para guru dan ibu bapa. Hampir semua pelajar sekolah hari ini terdedah kepada ancaman negatif ini. Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat memburukkan lagi keadaan. Kafe-kafe ini merupakan pusat perkembangan dan perkongsian maklumat negatif di kalangan remaja dan belia. Dari sini juga lah aktiviti-aktiviti negatif yang lain seperti merokok, menagih dadah, gengsterisme dan vandalisme mula bertapak di sanubari anak-anak.
Hadirin yang dikasihi,
Selain itu, jika perkembangan multi media tidak dikawal implikasi yang lebih buruk boleh melanda sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, sebarang isu perkauman dan agama yang disebarkan dengan niat yang jahat pasti mempengaruhi rakyat untuk bertindak di luar batasan kemanusiaan. Semua ini boleh membawa kemudaratan kepada negara kita sendiri. Anasir-anasir yang jahat boleh menyalurkan isu-isu sensitif tentang hak dan kepercayaan masyarakat pelbagai kaum bagi menwujudkan huru-hara di dalam negara. Sekiranya kerajaan tidak mengawasi pergerakan golongan yang berniat jahat ini, keadaan anarki mungkin terpaksa dihadapi oleh negara dan rakyat kita. Oleh itu, kesan negatif multi media yang boleh mengheret rakyat ke kancah perang sivil dan kaum wajiblah dielakkan.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Jelaslah bahawa teknologi maklumat membawa pelbagai kebaikan, namun pada masa yang sama memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara kita. Menjadi tugas kitalah bagi mengambil yang jernih dan membuangkan yang keruh.
Sekian, terima kasih.

Pencemaran Sungai

Sejak beberapa tahun, kerajaan telah melancarkan kempen ”Sayangi Sungai ”dalam negara yang merangkumi pelbagai usaha memantau, memulihara, membersih dan mengindahkan keadaan sungai. Walaupun begitu, belakangan ini, isu pencemaran sungai kian serius sehinggakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid  melahirkan rasa kecewanya kerana tidak terdapat kesan yang boleh dibanggakan terhadap keadaan banyak sungai kita.
Masalahnya tidak kelihatan apa-apa tindakan berkesan dilakukan. Mereka yang mendiami sekitaran sungai seperti pengusaha kilang, peniaga gerai makan dan juga penghuni rumah masih menganggap sungai sebagai tempat untuk menyalurkan sampah dan segala macam sisa yang hendak dibuang.
Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri perlu mengadakan pelbagai acara membabitkan orang ramai dan industri. Sokongan orang ramai dan swasta adalah penting sekiranya kempen menyayangi sungai dikehendaki mendatangkan kesan. Perasaan cintakan sungai yang mengalir melalui kediaman atau bandar mereka  diami adalah milik mereka juga perlu dipupuk. Hanya dengan cara begini, baru akan timbul perasaan menyayangi sungai mereka sendiri dan dengan itu mereka juga berusaha memuliharanya daripada dicemari. Apa pun kebanyakan sungai dan kawasan lembahnya terus dilanda pencemaran. Malah tahap pencemaran terhadap beberapa batang sungai semakin teruk hingga ada yang terpaksa dikategorikan sebagai sudah ‘mati’.    
Mengikut perangkaan yang diberikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perairan dan Saliran,   Datuk Keizrul Abdullah, kedudukan sungai dalam negara kita sebenarnya semakin meruncing. Daripada keseluruhan 120 kawasan lembah sungai yang dipantau Jabatan Alam  Sekitar (JAS) kedudukan pencemarannya semakin buruk dari tahun ke tahun. Pada tahun 2002, masih ada 63 sungai dikategorikan sebagai bersih, tetapi setahun  kemudian hanya tinggal 58 sungai yang masih bersih. Pada 2002, 43 sungai dianggap sudah tercemar manakala setahun kemudian jumlah sungai yang tercemar meningkat kepada 53. Bagaimanapun,  jumlah sungai yang mengalami pencemaran teruk tinggal sembilan batang saja pada 2003 berbanding dengan 14 sebelum itu. Tidak diketahui apakah yang menyebabkan lima sungai yang tercemar teruk pada 2002 bertambah baik setahun kemudian.  
Pemantauan yang dilakukan Jabatan Alam Sekitar menunjukkan bahawa kiranya tidak ada rancangan berkesan memelihara kebersihan sungai, kedudukan kebanyakan sungai dalam negara akan terus dilanda pencemaran. Hal ini disebabkan, keseluruhannya rakyat negara ini amat kurang prihatin terhadap tahap kebersihan sungai. Kebanyakan daripada mereka seolah-olah tidak pernah terfikir bahawa merekalah juga yang menyebabkan keadaan kebanyakan sungai kita terus tercemar. Penghuni rumah di tepi sungai baik setinggan atau pun tidak, berterusan menganggap sungai seperti saliran membuang najis dan sampah. Kalau  diperhatikan kawasan perumahan, bangunan dan rumah kedai yang didirikan 30 atau 40 tahun lalu semuanya membelakangkan sungai. Ramai ketika itu  menjadikan sungai sebagai saliran sampah dan najis.  Sehingga kini pun ketika pemaju perumahan misalnya sudah tidak lagi  menganggap sungai sebagai saliran sampah dan mula mendirikan rumah menghadap sungai, itupun orang ramai masih tidak dapat mengikis pandangan mereka terhadap sungai.
Selagi tahap kesedaran terhadap kebersihan sungai tidak dapat diwujudkan, selagi itulah segala usaha untuk memulihkan sungai tidak akan berkesan. Kesedaran demikian ini seharusnya dipupuk daripada bangku sekolah lagi. Perasaan cinta akan sungai dan prihatin terhadap persekitaran alam didedahkan kepada murid di sekolah lagi supaya apabila dewasa kelak mereka akan lebih prihatin terhadap usaha kebersihan alam sekitar. Media juga boleh memainkan peranan untuk meningkatkan kesedaran orang  ramai terhadap pentingnya sungai dipelihara supaya terus bersih.
Demikian juga walaupun ada pelbagai peraturan dan undang-undang mencegah kotoran dan sisa pengilangan atau ternakan dibuang ke sungai, kegiatan tidak bertanggungjawab ini tetap diteruskan.  Pemantauan dan pencegahan oleh Jabatan Alam Sekitar dan pihak berkuasa tempatan perlu ditingkatkan. Lazimnya,  apabila pencemaran didedahkan media, barulah mereka bertindak. Bahkan kadangkala pesalah hanya dikenakan kompaun yang tidak seberapa sehingga tidak wujud perasaan takut menghadapi tindakan. Walaupun ada peruntukan membolehkan kilang yang secara berterusan membuang sisa dan sisa toksik ditutup, apakah tindakan drastik demikian ini pernah diambil? Sebenarnya kalau ada kemahuan, sungai-sungai ini sememangnya boleh dipulihkan menjadi bersih agar ikan akan dapat membiak kembali dan berbagai-bagai kegiatan riadah dan pelancongan boleh dilaksanakan menggunakan sungai terbabit.
Jelasnya, segala usaha mungkin akan mengambil masa tetapi sekiranya ada keazaman dan dengan perangan rapi dan dapat pula dilaksanakan dengan betul tanpa pengecualian tentunya sungai-sungai yang terjejas dapat dipulihkan.

Kasih Sayang Ibu Bapa Berkesan Mendidik Anak

Wujudkah ibu bapa yang tidak sayangkan anak ? Semestinya, semua ibu bapa sanggup berkorban demi kebahagiaan anak mereka. Tetapi, persoalannya adakah semua ibu bapa hari ini menyayangi anak dengan cara lebih tepat ? Dalam hal ini, ada ibu bapa sekarang melakukan kesilapan. Ada menganggap cara ibu bapa dulu mendidik anak tidak betul dan kolot, lalu terus menolak semua, sedangkan cara dulu tidak semua salah atau tidak sesuai lagi.
Ada pula beranggapan cara didikan ibu bapa dulu adalah betul, lalu terus menggunakan semua, sedangkan mungkin ada antaranya tidak sesuai dengan keadaan sekarang. Manakala, ada pula disebabkan ingin mencari cara kontemporari, lalu dengan mudah mengguna pakai cadangan dikemukakan buku atau penceramah, tanpa melakukan penelitian, tapisan atau kefahaman yang mendalam. Kebanyakan isu keibubapaan timbul dalam konteks hubungannya dengan anak yang berada pada usia remaja. Sesetengah remaja menunjukkan perlakuan sukar difahami dan tidak pernah dibayangkan ibu bapanya. Ada ketikanya remaja memilih pakaian dan muzik pelik, emosi berubah-ubah seperti keras dan pendiam, malah mungkin kurang menghormati ibu bapa. Lazimnya, ibu bapa diingatkan mengenali dan memahami psikologi anak remaja. Ibu bapa diberitahu bahawa remaja berada dalam zaman transisi dan bergelut untuk berpaut pada zaman kanak-kanak yang penuh kegembiraan yang bakal ditinggalkan sambil memasuki alam dewasa yang penuh tanda tanya. Orang tua dimaklumkan bahawa anak remaja sedang berada dalam paradoks. Tetapi, ibu bapa jarang diingatkan untuk mengenali dan memahami paradoks yang sedang berlaku dalam dirinya sendiri. Bahawa mereka sendiri mencari keseimbangan antara memberikan kasih sayang dan menetapkan sesuatu untuk anak remajanya.
Sebenarnya, kasih sayang ibu bapa yang ideal ialah memberikan anak remajanya keseimbangan antara kebebasan dan disiplin. Jika disiplin terlalu banyak dan ketat, remaja akan memberontak. Sebaliknya, jika terlalu banyak kebebasan, remaja dahagakan struktur tertentu dan mencarinya sendiri dengan cara belum tentu baik. Oleh itu, ibu bapa perlu membuat pelbagai keputusan mengenai anaknya, misalnya, daripada boleh atau tidak menonton televisyen, hinggalah kepada boleh atau tidak mempunyai teman lelaki atau perempuan. Semakin anaknya menginjak dewasa, maka keputusan itu semakin besar dan penting. Ada keputusan perlu dibuat setiap hari dan ada keputusan perlu dibuat pada tempoh tertentu.
Selain perlu mengenali dan memahami anak remajanya, ibu bapa harus mengenali dan memahami dirinya sendiri terlebih dulu. Umumnya, ahli psikologi merumuskan ada dua komponen utama dalam gaya keibubapaan. Yang pertama ialah ‘responsif’, iaitu sebanyak mana kebebasan diberikan, manakala kedua ialah ‘permintaan’, iaitu sebanyak mana disiplin atau hala tuju akan ditentukan. Dengan kata lain, ibu bapa berdepan dengan paradoks: antara kasih sayang dan kepemimpinan. Kasih sayang ialah responsifnya terhadap kehendak anak remajanya, manakala kepemimpinan pula ialah permintaannya terhadap keperluan masa depan anak remajanya. Pertembungan, dinamika dan keseimbangan antara kedua-dua komponen ini dapat menentukan gaya keibubapaan. Kebanyakan pengkaji membahagikan gaya keibubapaan kepada empat kategori, iaitu: autoritarian, autoritatif, permisif dan tidak terbabit. Ibu bapa yang autoritarian rendah responsifnya, tetapi amat tinggi permintaannya. Walaupun mereka pengasih dan penyayang, anak remajanya tidak merasainya. Kebebasan hampir tidak diberikan dan pendapat anak remaja jarang didengar. Sebaliknya, disiplin amat ketat, malahan cita-cita anak remaja ditentukan ibu bapa.
Remaja yang dibesarkan dalam suasana autoritarian berkemungkinan besar berjaya dalam peperiksaan dan kerjayanya, tetapi mungkin memiliki peribadi yang kaku, rendah harga diri dan terlalu bergantung kepada arahan pihak berkuasa. Ibu bapa yang autoritatif pula mempunyai keseimbangan antara responsif dan permintaan. Mereka akrab, komunikatif dan anak remaja digalakkan bersuara. Kasih sayang diberikan, ditunjukkan dan dirasai. Disiplin dan hala tuju ditentukan dan diterangkan rasionalnya. Remaja bebas menentukan cita-cita dengan ibu bapa memberikan panduan dan bimbingan.
Remaja yang dibesarkan dalam suasana autoritatif berkemungkinan besar akan sama kejayaannya, walaupun tidak lebih, dengan dibesarkan dalam suasana autoritarian. Bezanya golongan ini akan memiliki peribadi bersepadu, yakin, berdikari dan kreatif. Ibu bapa permisif mempunyai responsif amat tinggi, tetapi permintaan amat rendah.  Mereka banyak bertolak ansur, memberikan kebebasan dan hampir semua kehendak anak remajanya diturutkan. Gaya tidak terbabit pula hampir tiada permintaan, disiplin dan hala tuju, serta hampir memberikan kebebasan penuh. Malahan, ia lebih satu kecuaian keibubapaan.
Namun begitu,  gaya keibubapaan boleh dirosakkan dengan amat mudah, sekiranya ibu bapa tidak dapat mengawal perasaan marah. Jadi, ibu bapa perlu tahu cara menangani kemarahannya. Dalam hal ini, ada tiga persoalan penting iaitu: bila marah itu wajar, bila marah tidak diperlukan dan bila marah itu boleh menjadi masalah. Walaupun, mungkin sukar melahirkan seorang kaunselor profesional atau pra kaunselor dalam setiap keluarga,  program Satu Keluarga Satu Kaunselor tetap mempunyai potensi untuk melahirkan ibu bapa berilmu, berkemahiran dan seimbang dari segi memberikan kasih sayang dan kepemimpinan.

Peranan Warga Tua

Di  Malaysia, orang tua mempunyai gelaran tertentu seperti warga emas atau golongan veteran.  Takrifan ‘warga emas’ adalah mereka yang berusia 60 tahun ke atas.  Pada usia ini, orang selalu beranggapan bahawa mereka sepatutnya berehat sahaja dan tidak perlu menyumbang ke arah pembangunan diri dan masyarakat sekeliling.  Ini merupakan satu tanggapan yang salah.  Walaupun tua, mereka sepatutnya bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti agar dapat menabur bakti ke arah pembangunan negara dan bangsa.  
Pada 6 Oktober setiap tahun, sambutan Hari Warga Tua peringkat kebangsaan diadakan.  Sambutan ini merupakan satu pengiktirafan kepada golongan tersebut agar mereka tidak lagi dilihat sebagai satu golongan yang membawa beban.  Tanggapan sebegini haruslah dikikis, malahan golongan muda haruslah menghargai jasa mereka selama ini.  Semua agama mewajibkan agar golongan muda menghormati dan menghargai segala jasa baik golongan tua.  Kita perlu sentiasa beringat bahawa kita juga akan menjadi tua dan pada ketika itu, kita juga mahu agar orang lain menghormati dan menyayangi diri kita.  Apakah sumbangan yang boleh diberikan oleh warga emas ini? Sebenarnya banyak perkara boleh dilakukan oleh mereka ke arah pembangunan bangsa, agama dan negara.  Golongan ini boleh terus melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dengan menyumbang idea yang bernas berdasarkan pengalaman yang telah dilalui. Yang utama ialah semangat untuk hidup dan memberikan sumbangan yang berguna kepada manusia di sekeliling kita.
Bagi generasi muda, mereka masih bergantung harap kepada golongan tua dalam memberikan nasihat dan tunjuk ajar dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh mencabar ini.  Tanpa tunjuk ajar dan nasihat dari mereka, generasi muda akan mudah goyah dan diperalatkan oleh anasir luar yang mempunyai niat yang jahat.  Jika ini berlaku, keharmonian sebuah negara boleh tergugat.  Oleh itu, golongan tua hendaklah terus membimbing golongan muda berdasarkan pengalaman mereka agar hala tuju hidup golongan muda ini terjamin dan lebih bermakna.  
Di samping itu, warga tua juga sebenarnya boleh menyumbang sedikit tenaga dengan melakukan kerja-kerja yang bersesuaian dengan kemampuan mereka.  Contohnya, seorang bekas guru boleh mengajar kelas tambahan kepada pelajar-pelajar di kawasan kejirannannya ataupun seorang profesor boleh menulis artikel-artikel ilmiah yang bersesuaian dengan bidangnya agar tulisan beliau itu dapat dijadikan bahan rujukan oleh masyarakat umum.  Bukan itu sahaja, bekas-bekas guru agama boleh juga mengajar bacaan al-Quran kepada anak-anak di sekitar rumahnya.  Bagi yang mempunyai kemahiran, misalnya mahir bertukang, melukis atau menjahit, boleh menggunakan kemahiran itu untuk mendapatkan sedikit pulangan.  Beberapa contoh yang disebutkan di atas hanyalah beberapa saranan yang boleh dijadikan panduan bagi warga emas untuk terus memberikan sumbangan kepada negara, bangsa dan agama. 
Sesungguhnya, warga tua lebih bijaksana dalam menentukan apa yang ingin mereka sumbangkan kepada masyarakat sekeliling dalam menelusuri hari tua mereka. Walaupun sumbangan yang diberikan itu kelihatannya kecil, golongan ini tidak perlulah berasa rendah diri atau merasakan usahanya sia-sia kerana semua yang besar dan hebat itu bermula dari yang kecil kerana sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Hal ini kerana sumbangan yang diberikan itu akan mempunyai impak yang besar pada kemudian hari.  Walaupun begitu, mungkin ada sesetengah warga tua yang berpendapat bahawa masa tua ini adalah masa untuk mereka berehat setelah sekian lama bekerja atau membesarkan anak-anak.  Namun begitu pendapat sebegini tidak tepat kerana sikap tersebut akan hanya mensia-siakan kebolehan dan ilmu yang mereka ada sedangkan ilmu di dada mereka itu amat berguna dan diperlukan dalam membantu membangunkan negara. 
Lagipun, ramai yang berpendapat bahawa jika golongan warga emas ini hanya mahu berehat, mereka akan lebih mudah ‘sakit’.  Untuk menjamin sumbangan yang lebih berkesan, kesihatan warga tua ini perlulah diberikan perhatian.  Di samping itu, penjagaan makanan dan pengambilan makanan tambahan juga adalah amat digalakkan.  Mereka harus prihatin dengan apa yang dimakan kerana sesuatu yang dimakan itu akan menjadi darah daging dan seterusnya mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran seseorang.  Dalam masa yang sama, golongan warga emas ini perlulah sentiasa bersikap terbuka, senang didekati dan bersedia bertukar-tukar idea dengan golongan muda agar percambahan ilmu antara mereka dan golongan muda dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.  
Kesimpulannya, proses penuaan merupakan satu perkara semulajadi.  Tidak ada sesiapa pun yang dapat lari daripada proses ini.  Walaupun meningkat usia, sebenarnya kita masih mampu memberikan sumbangan-sumbangan yang tertentu kepada bangsa, agama dan negara.  Marilah kita bersedia mulai sekarang untuk menghadapi usia emas dengan penuh gemilang.

Gejala Merokok

Gejala merokok kian meningkat kini walaupun pelbagai kempen dijalankan untuk mengurangkan perokok. Banyak remaja, lelaki mahupun perempuan yang terjebak dalam tabiat buruk ini. Tabiat merokok bukan sahaja membazirkan wang malah membawa pelbagai penyakit yang boleh membawa maut seperti kanser paru-paru. Menurut Menteri Kesihatan, Dato’ Dr. Chua Soi Lek, peningkatan merokok dalam kalangan remaja kian meningkat mengikut statistik pada tahun 2006.
Kempen antimerokok yang sedang dijalankan oleh kerajaan baru-baru ini sememangnya satu langkah yang baik. Kerajaan patut dipuji kerana berusaha untuk membanteras tabiat merokok. Kempen ini memberi penumpuan kepada rupa paras negatif orang yang merokok untuk menakutkan remaja yang terjebak dalam tabiat ini. Kempen ini juga menunjukkan keadaan paru-paru orang yang merokok. Paru-paru tersebut hitam, kering, dan sungguh menakutkan.
Kempen antimerokok ini disebarkan secara meluas dalam pelbagai media. Televisyen, surat khabar, dan juga radio kini dipenuhi dengan iklan-iklan antimerokok. Para remaja yang majoritinya menonton televisyen serta mendengar radio diberi kesedaran mengenai tabiat merokok dan kesan-kesan melalui iklan-iklan ini. Melalui pengiklanan golongan sasaran kempen ini, iaitu perokok seharusnya dapat dicapai dan kadar perokok dapat dikurangkan.
Kempen antimerokok yang dilancarkan oleh kerajaan kira-kira setahun yang lalu di seluruh negara berlandaskan slogan “Tak Nak!” Slogan ini sangat sesuai untuk membuang tabiat buruk merokok dan mengatakan “tak nak kepada rokok.” Kesan-kesan buruk tabiat merokok yang dipaparkan dapat menanam rasa takut dalam jiwa perokok. Pihak kerajaan berharap kempen-kempen ini dapat menyedarkan perokok untuk berhenti merokok dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Kempen antimerokok ini merupakan antara langkah kerajaan yang amat dipuji. Harapan kerajaan melalui kempen ini adalah untuk menyedarkan perokok dan mengurangkan jumlah perokok khususnya remaja.
Kesimpulannya, semua pihak berkenaan perlulah bekerjasama untuk menghapuskan tabiat yang membunuh ini. Dengan usaha kerajaan yang berterusan dan intensif ditambah dengan kerjasama masyarakat diharapkan kempen ini akan berjaya.

masalah gejala sosial



Antara gejala sosial yang berlaku dalam kalangan remaja adalah ponteng sekolah dan kelas, merosakkan harta benda sekolah dan awam, merokok, mencuri, buli, gangsterisme, penyalahgunaan dadah, rempit, pergaulan bebas, melihat atau menonton bahan lucah, seks luar nikah, pelacuran, pembuangan bayi dan telah sampai ke peringkat membunuh. Di samping itu terdapat juga gejala sosial dalam aspek meninggalkan atau tidak memahami ajaran agama seperti tidak solat, tidak berpuasa, tidak tahu mengangkat hadas besar, tidak tahu membaca al-Quran dan sebagainya.

A. Latar Belakang Gejala Sosial di Malaysia

Pada tahun 1960-an, negara dikatakan masih baru menerima kemerdekaan dan isu-isu sosial remaja sangat jarang diperkatakan. Namun, perhimpunan golongan “hipi” di Woodstock, Amerika Syarikat sekitar tahun 1969 secara tidak langsung memulakan satu lembaran baru dalam episod kehidupan remaja di Malaysia dan isu pergolakan sosial remaja mula muncul di negara ini pada tahun tersebut. Pengaliran budaya tersebut ke negara ini telah memberi impak yang negatif kepada masyarakat Malaysia kerana kehidupan mereka sering kali dikaitkan dengan masalah dadah. Ini disebabkan pengikut budaya “hipi” dan penagihan dadah dikatakan agak sinonim kemunculan kumpulan muzik yang memuja dadah dalam nyanyian mereka seperti Rolling Stone merangsangkan lagi pertumbuhan masalah dadah di kalangan remaja di Malaysia. Malah, salah satu nama simbolik untuk dadah yang selalu digunakan oleh remaja pada masa tersebut adalah stone. Penularan budaya “hipi” terutama dalam kalangan remaja Bandar pada penghujung tahun 1960-an jadi merebak sehingga awal tahun 1970-an. Budaya ini amat jauh bertentangan dengan norma kehidupan yang dipraktikkan oleh masyarakat timur. Budaya “hipi” juga dikatakan sebagai penjajahan mental remaja manusia supaya terus terikat dengan budaya kolonial yang dibawa sebelum ini. Bersama-sama dengan pengaruh “hipi”, masalah penagihan dadah dalam kalangan remaja mula menyerang negara sehingga kerajaan mengambil langkah untuk mengisytiharkan dadah sebagai musuh nombor satu negara. Malah, peperangan ke atas musuh utama ini masih berjalan sehingga sekarang. Pada pertengahan tahun 1970-an, masalah penagihan dadah yang tidak pernah berkurangan ditambah pula dengan masalah penagihan alkohol. 

Kemelesetan ekonomi dunia yang menyebabkan kadar pengangguran dan kemiskinan penduduk meningkat. Kesannya, ramai remaja melepak di kompleks membeli-belah sambil mendengar lagu irama rock dan berimej “punk” dan “Mohican” . Budaya ini menjadi kegilaan remaja pada masa itu sebagai langkah melarikan diri daripada realiti kehidupan sebenar yang perlu mereka tempuhi. Imej devian yang dibawa oleh remaja yang berkumpul secara beramai-ramai tanpa hala yang pasti itu merupakan satu proses penyesuaian diri dengan pengaruh muzik yang mereka dengar dan dianggap up to date. Fenomena tersebut juga dikenali sebagai “budaya lepak” dan ia menjadi satu masalah sosial negara yang menarik perhatian kerajaan untuk bertindak tegas kepada golongan remaja terbabit. Pada pertengahan tahun 1980-an pula, Pelan Induk Perindustrian Negara Pertama diperkenalkan dan Dasar Pensyarikatan serta Penswastaan dilaksanakan. Kepesatan pembangunan perindustrian negara menyebabkan berlakunya migrasi golongan muda dari kawasan luar bandar ke bandar untuk memenuhi permintaan tenaga buruh di sektor tersebut. Seiringan dengan itu masalah bohsia dan bohjan atau kegiatan seks bebas dalam kalangan remaja mula dihadapi oleh negara. Ketika itu juga, masalah penagihan dadah bentuk baru seperti menghidu gam dan petrol serta penggunaan ubat batuk secara berlebihan bermula. Walaupun ketiga-tiga jenis bahan rangsangan tersebut bukanlah jenis dadah yang sebenar tetapi tujuan penggunaannya adalah sama iaitu untuk menjadikan diri berada dalam keadaan khayal. Ia digemari oleh remaja kerana harganya murah dan mudah didapati. Penggunaan bahan ransangan seperti gam dan ubat batuk itu tadi secara langsung mengikat diri remaja untuk mencuba dadah-dadah lain yang lebih berat dan berbahaya seperti ganja (ia juga dikenali sebagai dam, pot, stone, sayur dan tahi kambing), heroin (juga dikenali sebagai chok, tepung, teh dan fit) dan morfin (atau dipanggil quenn, dragon dan serbuk). 

Pada awal tahun 1990, kerajaan melancarkan Dasar Pembangunan Nasional sebagai ganti kepada Dasar Ekonomi Baru serta menjadikan Wawasan 2020 sebagai pemacu pembangunan negara untuk menjadi sebuah negara maju. Salah satu cabaran Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika sepenuhnya yang mempunyai warganegara yang kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan serta didorong oleh tahap etika paling tinggi. Walau bagaimanapun, ketika kerajaan melancarkan matlamat ini masalah pembungan bayi sedang hebat berlaku di Malaysia. Ia berpunca daripada kegiatan “bohsia” dan “bohjan” yang wujud pada pertengahan tahun 1980-an dahulu yang mengamalkan seks bebas tanpa batasan. Remaja pada peringkat umur yang terlalu muda dan terlanjur mengambil jalan mudah menyelesaikan masalah malu dan takut mereka dengan membuang anak sendiri di tempat pelupusan sampah, sungai, semak, kawasan pembinaan dan sebagainya. Namun, sehingga pertengahan tahun 1990-an, fenomena kegiatan seks bebas dan pembuangan bayi di kalangan remaja masih berlarutan. 

Dalam tahun 1991-1996, sejumlah 278 kes telah direkodkan. Peningkatan yang ketara sebanyak 90 peratus dikenal pasti berlaku khususnya sepanjang tempoh tahun 1994, 1995 dan 1996. Kemakmuran pertumbuhan ekonomi negara ketika itu dikatakan penyebab utama fenomena ini berlaku. Kenyataan tersebut tidak terlalu prejudis atau dibuat secara semberono tetapi mempunyai asas yang kukuh dan ada kewajarannya memandangkan bentuk keluarga tradisional telah bertukar kepada keluarga nukleas di bandar dan kaum wanita mulai memasuki pasaran kerja secara beramai-ramai menyebabkan ikatan kekeluargaan semakin longgar. Pada masa yang sama, anak-anak remaja kehilangan perhatian dan tumpuan yang sepatutnya diberikan oleh ibu bapa. Malah, Rancangan Malaysia Ketujuh (RM-7) dengan jelas mengaitkan fenomena sosial remaja ini dengan faktor seperti kepesatan perbandaran, kemajuan perindustrian dan penghijrahan penduduk. 

Pada tahun 1996, Pelan Induk Perindustrian Negara Kedua serta RM-7 dilancarkan dan masalah kegiatan seks bebas remaja diganti pula dengan aktiviti pelacuran bawah umur. Selain itu, penagihan dadah berbentuk pil psikotik atau pil khayal seperti amphetamine, extacy dan syabu turut dikesan dalam kehidupan sosial remaja. Walhal, RM-7 sendiri meletakkan matlamat menangani gejala sosial di kalangan remaja sebagai satu rangka dasar penting yang mesti yang mesti dilaksanakan kerajaan. Sebelum ini, tidak pernah ada satu pun rancangan Malaysia yang dibuat menyentuh secara spesifik tentang perkara menangani masalah sosial. Rangka dasar bagi menangani masalah sosial yang terkandung dalam RM-7 dinyatakan seperti berikut:
"Kemajuan perindustrian dan peningkatan pembandaran serta penghijrahan luar bandar ke bandar telah mengakibatkan berlakunya peningkatan tingkah laku sosial yang negatif. Masalah sosial seperti penagihan dadah, penderaan kanak-kanak, lepak, jenayah juvana, gaya hidup yang tidak sihat serta ketegangan dalam keluarga telah mula timbul. Dalam tahun 1994, 17 600 kes penagihan dadah; 8938 kes AIDS; 871 kes penderaan kanak-kanak dan 4774 kes lari dari rumah telah dilaporkan. Dengan mengambil kira kes yang tidak dilaporkan, situasi ini mungkin lebih teruk dan masalah ini boleh merosakkan moral generasi akan datang jika langkah tidak diambil untuk mengatasinya. Dalam konteks ini, kerajaan akan menubuhkan satu jawatankuasa peringkat tinggi antara agensi untuk menggubal dasar dan program bagi meningkatkan lagi pembangunan sosial dan keluarga. Sokongan institusi akan dikaji semula bagi membolehkan tumpuan yang lebih besar dan penyelarasan program pencegahan dan pemulihan bagi kumpulan sasaran khusus seperti kanak-kanak, belia dan ibu bapa. Pendidikan agama dan moral akan dipergiatkan bagi memupuk tingkah laku yang baik dan menggalakkan gaya hidup sihat". 

Sehubungan itu, pemberian seks secara percuma oleh gadis-gadis remaja yang bergelar “bohsia” melalui pergaulan bebas didapati tidak lagi diamalkan memandangkan kepesatan pembangunan ekonomi negara menuntut mereka “menghargai” kehidupan melalui penampilan gaya hidup yang lebih mewah. Oleh yang demikian, seks bebas yang bertujuan untuk keseronokan tadi bertukar kepada perkhidmatan seks berbayar dan mereka secara langsung bergelar “bohsia berbayar” atau dalam kajian pelacuran dikenali sebagai pelacur meskipun mereka masih di bawah umur. Kegawatan ekonomi yang melanda negara semenjak pertengahan tahun 1997 menjadikan aktiviti pelacuran remaja semakin meningkat sehingga ke hari ini. Dari tahun 1989-1999, Kuala Lumpur dan Johor mencatatkan jumlah tangkapan gadis pelacur tertinggi berbanding negeri-negeri lain. Gadis daripada etnik Cina dan Melayu didapati paling ramai melibatkan diri dalam aktiviti pelacuran di Malaysia. 

Kajian yang dibuat oleh Lukman Z. Mohamad dan Zuriana Zahrin terhadap 60 orang gadis remaja bawah 21 tahun yang ditahan di pusat pemulihan akhlak kerana kesalahan melacurkan diri mendapati sebahagian besar remaja yang menjadi pelacur (85.0%) berada dalam lingkungan 15-20 tahun. Namun, terdapat segelintir mereka (13.3%) yang berusia 12-14 tahun. Situasi sebegini amat memeranjatkan kerana pada usia yang begitu muda mereka berani mengambil risiko yang tinggi dalam usaha mengejar kemewahan hidup. 

Pada penghujung 1990-an Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) berkembang dan begitu pesat di Malaysia. Internet telah semakin banyak dipasang dan digunakan di rumah-rumah. Perkembangan internet walaupun banyak faedahnya daripada segi capaian ilmu pengetahuan dan komunikasi tetapi telah mendedahkan masyarakat kepada bahan pornografi atau lucah dan golongan remaja tidak terkecuali daripada menerima kesan buruk ini. Para remaja mengambil kesempatan untuk melayari laman-laman web lucah ketika ibu bapa tiada di rumah atau ketika ibu bapa mereka tidur. Bahkan di ketika ibu bapa sedang jaga pun masih ada yang melayarinya kerana banyak ibu bapa yang tidak mahir dengan komputer dan internet membolehkan para remaja berkenaan menggunakan cara hide windows ketika ibu bapa datang ke arah mereka. Keadaan ini ditambah buruk lagi dengan penjualan video cereka padat (VCD) lucah yang boleh dikatakan mudah didapati di bandar-bandar besar. Kini masalah ini semakin berleluasa di mana video-video lucah dengan mudah boleh dimuat turun daripada internet secara mudah. Dengan perkembangan teknologi telefon bimbit, kini, klip-klip gambar dan video lucah boleh dihantar melalui telefon bimbit. Keadaan ini telah menyebabkan penyebaran bahan-bahan lucah dalam kalangan remaja semakin sukar dikawal. Salah satu lagi yang membuka jalan kepada pendedahan terhadap info dan bahan-bahan lucah dalam kalangan remaja ialah aktiviti chatting melalui ruangan sembang maya. Remaja dapat “bersembang” dengan sesiapa sahaja tanpa terlebih dahulu mengenali orang berkenaan. Ini menyebabkan mereka tidak segan untuk bersembang tentang sebarang hal termasuklah yang berkaitan dengan seks. Ada yang disebabkan oleh rasa ingin tahu mengambil kesempatan untuk bertanya hal-hal seks kepada orang yang lebih berpengalaman. Ada kalanya mereka mendapat info tentang tentang seks dan laman web lucah daripada pengguna ruangan chatting yang nakal walaupun mereka tidak berniat untuk mencarinya. Hasil daripada chatting ada kalanya membawa kepada pertemuan antara pasangan yang pernah berchatting dan hal ini banyak berlaku dalam kalangan remaja. Akibatnya, ada remaja perempuan yang telah dirogol setelah bertemu dengan teman chatting dan ada yang melakukan hubungan seks setelah berkali-kali bersembang tentang seks dan melakukan cyber sex di ruangan chatting

SYAIR SI BURUNG PINGAI-HAMZAH FANSURI

Hamzah sesat di dalam hutan
pergi uzlat berbulan-bulan
akan kiblatnya picek dan jawadan
inilah lambat mendapat Tuhan

Unggas pingai bukannya balam
berbunyi siang dan malam
katanya akal ahl al-alam
Hamzah Fansuri sudahlah kalam

Tuhan hamba yang punya alam
timbulkan Hamzah yang kalam
ishkinya jangankan padam
supaya warit di laut dalam

~ Hamzah Fansuri

(Petikan Syair Si Burung Pingai)

HUTAN PERSAHABATAN-T.ALIAS TAIB

Berkawan denganmu
Ialah berkawan dengan ilmu,
Dengan akal yang selalu di raut,
Renung yang selalu dikikir
Dan hujah yang selalu diasah.
Berkawan denganmu
Ialah bermusuh dengan musuhmu,
Dengan si fitnah yang beraja
Pada api perasaan,
Dan si dengki yang bersedia
Membentesmu dari belakang.

Ah, kawan, lupakan mereka.
Mari teruskan perburuan kita
Di hutan persahabatan kekal ini.
Aku tidak memerlukan kata-kata indah
Tetapi tangan ikhlasmu
Apabila terjatuh di perburuan ini.
Aku hanya ingin menemanimu
Di perjalanan yang penuh halangan
Dan perburuan yang menyukarkan.
Aku tidak memerlukan mereka,
Mari teruskan persahabatan kita.

T. Alias Taib

MENERIMA KEMENANGAN

Kaumenerima kemenangan
kerana melaut sokongan
melimpah kepercayaan.

Bukan untuk dibangga
atau megah mendabik dada
kaumenerima kemenangan
bersama sarat pengharapan.

Menerima kemenangan
bagimu bukan untuk
disambut disorak
bukan untuk diangkat dijulang
bukan untuk dipuja disanjung.

NAZIM MOHD SUBARI
Endau, Johor.

BATU TIGA,SHAH ALAM-ZURINAH HASSAN

Maafkan kami,
membelah subuhmu dengan deruan kereta
untuk mengelak sesak lebuh raya
ke Kuala Lumpur
lalu menyimbah asap dan debu
ke helai-helai mengkudu.

Hingga petang kami mengejar hidup menghimpit ke pintumu
burung-burung bertempiaran
daun-daun kering kehilangan arah
dan aku semakin payah
untuk pulang ke rumah.

Apakah malammu masih tenteram
atau telah terpanah oleh garang lampu kereta
sudahkah kau ajar anak-anakmu
melawan kekerasan
seperti kau membongkat isi hutamn
untuk menumpang membesarkan mereka
abang-abang yang sempat mengejar ayam-ayam
dalam rimbun ucuk ubi
sebelum mendaparkan harapan
pada kilang-kilang di Shah Alam.

Maafkan kami
anak-anak Bau Tiga
pembangunan telah meredah ke tangga.

Zurinah Hassan

KELAMALAM

tuang kelamalam
ke dalam cawan
kemudian diminum
sedikit
sedikit

setiap malam
kelamalam
diminum
sedikit
sedikit
Mustapa Hj Ibrahim
Kuala Lumpur
18 November 1976

KAWAN-ZURINAH HASSAN

Senyum kawan di sebelahku hari ini
hilang madu citanya
hilang seri ceritanya
dari semalam yang menyentuh urat nadiku
dengan suara yang pasti.

Anak lemah ini
wakil daerah penderitaan
esok seluruhnya akan membangun
dari gelora kegelisahan.

Semalam suaranya paling rela
melepaskan suara rindu yang syahdu
kerbau di bendang lembu di kandang
bertukar milik wang tambang
ayah ke Tanah Suci.

Semakin melunjuk sri senyumnya
mendabik dada cerita ria
nasi sekhemah gulai sekawah
bertimpa orang ke rumah
hilai usik kakak di pelamin
yang menjerat setiap cara pencarian.

Hari ini serinya telah hilang
tinggal keluh lemas
dilemaskan bayaran yuran dan harga buku
sedang ayah kekosongan saku.

Zurinah Hassan

1969

BALING-SECARIK CACATAN PETA SEJARAH

Damailah dikau di sana desaku permai
ketika kelopak senja mula terkatup
unggas rimba terbang pulang ke sarang
ayam itik riuh berarak ke kandang
laung azan di surau menghimbau syahdu.

Laluan Timur-Barat, Pulau Pinang-Kota Bharu
di sana aku lahir dewasa
lalu, mengorak langkah ke kota
menangguk rezeki, seadanya menabur bakti
lenggang nyiur, desir dedaun bambu diulit bayu
panorama abadi dalam inngatanku ketika di perantauan.

Baling; Kampung Kera dipugar perun
saujana bukit-bukau-lembah-lereng
Gunung Inas-Ulu Muda hutan simpan dingin redup
mmelambak rezeki enau dan manau
rusa, kijang, pelanduk dan napuh
punai tanah, ayam denak galak sana-sini ber’ku-kuu’.

Baling – secarik catatan di peta sejarah
gundah diancam pengkhianat negara
jerangkap samar tak kenal mangsa
serang hendap di balik belukar bukan lagenda
Rundingan Tunku – Chin Peng berlalu buntu
sengketa bersambung krisis inflasi.

Baling, Kedah Darul Aman
akhirnya dikau bangun dari mimpi silam
aku bangga dengan identitimu;
jujuh bermusim durian di dusun
ranum langsat, manggis dan bacang
kini dokong jadi satu wawasan
kelak memikat dagang bertandang melabur.

~ Abdul Halim Yaacob

Baling-Alor Setar
14 Mei, 1991.
(Antologi QALHA)

MENDEPANG MASA DEPAN

Ayuh!
Bangkitlah wahai muridku,
Buangkan selimut mimpi,
Ketika fajar mengetuk pintu hari,
Mulakan langkah berani,
Membawa Watikah Amanah dan Janji!

Muridku,
Tahukah kau?
Bahawa saban waktu,
Betapa lebatnya dedaun ilmu,
Secepat musim berlalu,
TETAPI..,
Manakan mampu meneduhkan hidupmu,
Jika usahamu kian pantas dihambat jemu

Muridku,
Cuba kau helakan nafas kentalmu,
Pada Ayah, pada Bonda, jua pada Gurumu,
Bahawa gunung harapan bias kau daki,
Puncak menara bisa kau jejaki,
Dan ketahuilah!
Ketika bibir suria menguntum senyum,
Lalu menghulurkan jemari halusnya,
Serta melambai ucapan ‘SOBAHUL KHAIR’
Dan ‘AHLAN WASAHALAN’ buatmu tetamu terhormatnya…
Maka mengertilah! Bahawa indah cahayanya,
Akan menemani tiap jejak sepatu putihmu,
Menuju teratak ilmu itu..
Yakinlah bahawa kejayaanmu kebanggaanku,
Manakala,
Ketewasanmu kegagalanku,
Muridku,
Biarpun Hari Depanmu,
Masih dalam dua kemungkinan,
Namun biarlah – ‘UTARA’ dan ‘SELATAN’
Menjadi tawanan!

Nukilan: Restu Kasih

PEMILIK CINTA PALING HEBAT

Akulah pemilik cinta paling hebat!
jika bulan boleh kupikat
pasti matahari sedih dan merungut
jika cintaku boleh diduplikat
pasti bahagia seluruh warga dunia sejagat
syukur,nilai moralku bukan dibawah agregat
jika tidak,semua lelaki adalah bujang terlajak dan duda merempat!

Akulah pemilik cinta paling hebat!
cintaku likat dalam darah
ligat mengalir tanpa terencat
cintaku kuat!
mampu menyingsing lengan menumbuk perasaan
menyenteng seluar memijak kehampaan
melebar tangan melempar pelukan
Apa dalam pelukanku?
O cahaya kebahagiaan!

Akulah pemilik cinta paling hebat!
kedua terhebat selepas segala-galanya tentang tuhan
Aku bangga menjadi pemiliknya!
cuma masih menunggu gerangan gadis watak utama
aku tersekat sedikit terpinga-terpinga,menunggu dan tertanya-tanya
siapakah gadis bertuah yang akan menerimanya?

Ah!
kepada gadis-gadis diluar sana
yang membaca sajak ini dengan rasa hampa
setelah kecewa dengan cinta lama yang lara
janji-janji haprak lelaki durjana
kata-kata manis melaut menyumbat membuat meluat
dan ego tebal lelaki bebal membuat kau menyesal

Campakkan mereka semua dalam tong sampah memori menyampah!
jangan bersedih dan meneguk pedih
arahkan langkah hatimu padaku
Ayuh!

Pastinya
dengan lagu-lagu sayang dan rindu yang tak berpunya
akan ku sambut kamu sebagai tetamu hatiku
kerna
janji-janji ku adalah tali-temali besi tuk diikat sampai mati
kata-kata manisku adalah kopi penuh gula
tetap pahit walau semanis mana; tetap mahu tanpa jemu
Dan egoku?

O inilah dia ego seorang penyair cinta!
takkan terkongkong hidupmu dengan berjalan dibelakangku
namun bukan ku dayus untuk membiarkan kau dihadapan memimpin jalan
tetapi,berjalanlah seiring selangkah disisiku
selayaknya pasangan hidup sama cekal sama tabah

Cepat!
tempat kosong cuma satu
dalam hati ada takhta menanti
percayalah
kerna akulah pemilik cinta paling hebat didunia ini!

-S.Syahmi-
sajaksyafiqsyahmi.blogspot.com

YANG PASTI-ZURINAH HASSAN

Kau mungkin bukan lelaki terbaik
Tapi buat perempuan sepertiku
Mungkin tidak ada yang lebih
Darimu

Aku mungkin tidak mendapat segala-galanya
Tapi dengan keadaan begini
Aku tidak meminta
Yang lebih baik

Usahlah bertanya apakah aku bahagia
Aku juga tidak menyoal perasaanmu
Kerana kadang-kadang bila terlalu mahu memasti
Orang jadi semakin ragu
Terlalu berbicara dan banyak menganalisa
Orang jadi semakin tidak tahu

Aku mungkin kurang pasti
Tentang apa yang telah kukatakan
Tapi yang pasti
Kita tidak perlu terlalu pasti

~ Zurinah Hassan

TINDAKAN DAN KATA-KATA-JALALUDDIN RUMI

Aku memberi orang-orang
apa yang mereka inginkan.
Aku membawakan sajak kerana mereka
menyukainya sebagai hiburan.
Di negaraku, orang tidak menyukai puisi.
Sudah lama aku mencari orang yang
menginginkan tindakan, tetapi
mereka semua ingin kata-kata.
Aku siap menunjukkan tindakan pada kalian;
tetapi tidak seorang pun akan menyikapinya.
Maka aku hadirkan padamu — kata-kata.
Ketidakpedulian yang bodoh
akhirnya membahayakan,
Bagaimanapun hatinya satu denganmu.

~ Jalaluddin Rumi

RUMAHMU RUMAHKU

kerana datukmu dan datukku
orang yang sama
dan rumah ini
pusaka kita bersama

kita bertelagah
bukan berebut pusaka
kita bertengkar
kerana pendapat berbeza
tentang apa seharusnya
warna catnya

kau memilih hitam
tapi aku sukakan hijau
pilihan hati pilihan mata
kebiasaan yang biasa
namun tap, dinding dan lantai yang satu
masih memeluk kau dan aku

dan siapa berani
menafikan hakikat ini
mendakwanya pusakanya
harus lebih dulu
sanggup melangkahi
mayat-mayat kau dan aku.

Ruhi Hayat
Batu Gajah
Jun 1965
Dewan Masyarakat, Ogos 1965.

DALAM ISYARAT-KEMALA

Laut tak berombak
Ombak tak beriak
Camar tak melayang
Mata tak berkedip
Dada tak berdebar
Daun tak gugur
Dada tak terdepang
Lembar puisi tak terselak
Salam tak bersambut
Getaran tak menggelombang
Kasih tak berkocak
Janji tak tertunai
Helah tak tergambar
Muslihat tak terpeta
Kitab puisi tergeletak
Penyair patah kalam
Kata tak kenal pilih
Antah dalam beras
Padi terkulai lemas
Aruan tak menghambur
Ular berlingkar di lubuk
Undan kematian angin
Jejak lama tak padam-padam
Dalam rupa di mana dupa
Geruh apa dalam guruh
Sukma sebuah bertatah cinta
Rumah pertama takmenemu
Ombak tak berombak
Riak tak beriak
Gairah padam
Meluluh waham.

Kemala
2006-2007

DI PADANG DAHMIR(ii)-AMI MASRA

Terjangkaukah kita luas perasaan
dalam amarah tindakan?

Terfahamkah kita kehendak naluri
gelora nafsu di diri?

Tersukatkah kita batas keinginan
dalam hasrat kuat kemahuan?

Betapa kerasnya gelombang haloba
pada duniawi cahaya benda.

Ketika membuka kamus dahmir
ada debu nafsu berdarah merah.

Ramadan ini tenangkanlah
gelora rasa kemahuan segala
dalam rindu dan cinta kepada-Nya.

AMI MASRA
An-Nur USJ 4, Subang Jaya