Blogger Templates

Monday 25 April 2011

pAnTuN eMpAt KeRaT (aGaMa)

     Kemumu di dalam semak,
           Jatuh melayang selaranya;
     Meski ilmu setinggi tegak,
           Tidak sembahyang apa gunanya..
     Asam kandis asam gelugur,
           ketiga asam riang-riang;
     Menangis di pintu kubur,
           Teringat badan tidak sembahyang..
     Kemumu di tengah pekan,
          Dihembus angin jatuh ke bawah;
     Ilmu yang tidak diamalkan,
         Bagai pohon tidak berbuah..
    Banyaklah bulan antara bulan,
         Tidak semulia bulan puasa;
    Banyaklah tuan serupa tuan,
         Tidak semulia Tuhan Yang Esa..

    Bendahara Datuk Seri Paduka,
         Memerintah kota dan negeri;
    Sengsara masuk dalam neraka, 
         Hendaklah kita ingatkan diri..
     
   Pohon di kebun habis berbuah,
        Disambut masak buah rembega;
   Mohonkan ampun dosa yang sudah, 
        Hendak masuk dalam syurga..

SeJaRaH sEkOlAh KiTa ..

            Sekolah ini bermula dengan kelas-kelas aliran melayu untuk murid perempuan di Sekolah Menengah Sultanah Asma..Mulai 12 Januari 1964 kelas-kelas ini diasingkan peringkat-peringkatnya dan diberi nama Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan..Sekolah ini merupakan sekolah menengah khas yang pertama di negeri kedah untuk murid-murid perempuan..
             Pengetua pertama sekolah ini ialah Puan Aishah Hanum Bt. Dadameah..Bilangan muridnya pada masa itu berjumlah 625 orang dengan 26 orang guru dan 17 buah bilik darjah..Pada 25 September 1966 sekolah ini telah berpindah ke lokasi baru iaitu di jalan Day (Lebuh Raya Sultanah Bahiyah)..Bangunan sekolah ini terdiri daripada 3 bangunan 2 tingkat (blok A,B dan C) yang menempatkan 16 buah bilik darjah,2 makmal sains dan beberapa bilik khas bagi matapelajaran masakan,jahitan,lukisan,ilmu alam dan bilik alat pandang dengar..Kemudahan lain yang dibina ialah sebuah padang permainan dan sebuah bangunan asrama bagi menampung 100 penghuni..
             Pada awal tahun 1968,Puan Aishah Hanum Bt. Dadameah telah bersara dan digantikan oleh Cik Puteri Kamariah Bt. Megat Ramli..Antara peristiwa menarik yang berlaku pada tahun 1968 ialah murid-murid dari Sabah dan Sarawak mula ditempatkan di sekolah ini..Pada 16 Julai 1969,ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah telah berkenan merasmikan pembukaannya dan nama sekolah telah ditukar kepada  Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah sehingga hari ini..